www.homebisnes.com
Malaysia Homebisnes Portal
MALAYSIA INTERNET SCENARIO


BERJAYA DALAM PERNIAGAAN DI INTERNET - BERSAING DALAM DUNIA CYBER


Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan Internet atau perniagaan dotcom perlu menjauhi 10 perkara ketika menguruskan operasi syarikat mereka untuk memastikan kejayaan syarikat dan tidak mengalami nasib malang seperti dotcom lain, kata seorang pengusaha dotcom tempatan.

Perniagaan di Internet sememangnya menjanjikan pulangan yang lumayan jika syarikat bijak menguruskan perniagaan terutama berkaitan dengan perbelanjaan kewangan.

"Asalkan syarikat tidak melakukan 10 perkara yang perlu dijauhi ketika menjalankan e-niaga, Syarikat Kecil dan Sederhana juga berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan era baru ini.

10 perkara yang perlu dijauhi adalah :

1) perbelanjaan keterlaluan dalam pembangunan laman web,
2) keterlaluan berbelanja untuk pengiklanan dan promosi,
3) projek web diketuai oleh orang teknikal,
kurang kandungan bernilai di dalam web
4) kadar 'pembakaran' (lonjakan) terlalu cepat,
5) mutu perkhidmatan pelanggan yang lemah,
6) kredibiliti pengurusan
7) syarikat yang rendah,
8) terlalu fokus kepada diri sendiri,
9)reka bentuk web yang teruk
10) langsung tiada promosi.

Malaysia Homebisnes Portal merupakan syarikat penganjuran laman web untuk syarikat kecil dan sederhana (SKS) dan menawarkan perkhidmatan penganjuran/pembinaan laman web. Syarikat ini ditubuhkan pada Januari 1999 dan kini mempunyai beberapa buah syarikat yang menjadi pelanggan kami.

Dari survy yang dilakukan, hanya 2 peratus daripada syarikat SKS atau perseorangan yang telah menjalankan perniagaan di Internet.

SKS tempatan atau orang perseorangan enggan menyertai e-niaga kerana menganggap ia memerlukan kos yang tinggi untuk mereka bentuk, menganjur dan mengemaskini setiap masa.

"Bagi syarikat dotcom pula, walaupun mereka baru bermula tetapi aktiviti promosi yang terlalu agresif dan menelan belanja jutaan ringgit setahun akan menimbulkan masalah kewangan kepada syarikat.

Ada juga, syarikat langsung tidak mempromosikan syarikat dan laman web mereka pula, laman web tersebut hanya akan menjadi perhiasan kerana tidak dikunjungi oleh pengguna dan seterusnya tidak mendatangkan faedah seperti yang dikehendaki.

Dalam Internet, terdapat pelbagai perkhidmatan penganjuran laman web tempatan dan antarabangsa yang mengenakan bayaran minimum dan pelanggan boleh memilih template-template yang disediakan untuk membina laman web mereka sendiri.

Malaysia Homebisnes Portal menawarkan perkhidmatan tersebut di samping perkhidmatan pendaftaran domain berserta pendaftaran syarikat.


Quote - Walt Emerson
What lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us.

Malaysia Homebisnes Portal under SS DINAS ENTERPRISE
P.O.BOX 7133 Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Phone No: 013-6408906 Faks No: 03-91711639