|
ENAM
ISTERI YANG MENJAHANAMKAN SUAMI
Seorang
isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman
jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya.
Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang
berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan
berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima
di mana-mana.
Si
isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh
membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi,
gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang
lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut,
ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.
Sikap
dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga
merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya
di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku so***** seorang
isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.
Dalam
kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan
jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat
untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.
( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan
Dia
seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu
menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan
diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal
rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup
yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu
mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut
rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil
keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya,
tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan
teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap
dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya,
malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu
dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang
ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut
di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada
suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan
dengan arahan yang jelas dari suaminya.
Suami
yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul
beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya.
Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak
dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu
oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari
isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya
bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah
menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius
dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.
(
2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter
Dia
selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya.
Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak
tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja
cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus
menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan
kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.
Dia
seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar.
Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan.
Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan
yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.
Untuk
mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka
berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh
malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan
catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan
yang lain atau pada minuman-minuman keras.
Seorang
suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai
kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan
hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang
begitu bosan dengan hidupnya.
(
3 ) Isteri diktator
Dia
seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya
sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia
mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia
mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap
hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu
untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan
suaminya.
Setiap
kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku
suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan
wang yang diambilnya petang tadi.
Dia
bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal
setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik
tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si
suami itu menjadiseorang yang tdak berperibadi, lemah
dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan
ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti
itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan
yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya
yang ada sekarang.
(
4 ) Isteri yang suka campur tangan
Dia
seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan
kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia
mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk
campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana
itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua
pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan
lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri
dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya
mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya
itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau
majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang
hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu
menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya
pada pandangan orang lain.
(
5 ) Isteri yang boros
Dia
hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan
mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang
suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga
diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan
oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan
suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan
mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan
mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang
mewah yang tidak diperlukanya.
Suami
terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja
lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar
bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya
dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli
sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah
dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan
lemah itu di depan kenyataan yang pahit.
Akibatnya
suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan
berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan
dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai
kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.
(
6 ) Isteri so*****
Dia
seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap
kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah
menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian,
melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai
kegiatan so***** tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia
tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya,
kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam.
Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut
sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan
keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.
Untuk
memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu so*****
itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya.
Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya
dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah
dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf
hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai
asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu
pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya
semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhen
yang menyedihkan.
|