|
Aduhai
Suami .
Semoga jadi panduan utk kita sama-sama memperbaiki diri.
"
Duhai diri kejamnya engkau. membiarkan hati wanita sedih
dan kecewa sendirian.Kau kutip dia dari pangkuan ayah
bondanya, namun kau tinggalkan hatinya di persada duka.Sekeping
hati tipis bak kaca, kini retak dan sumbing tepinya.Siapa
yg akan memungut hati yang luka milik wanita bergelar
isteri itu, kalau bukan kau wahai diri...
Naluri
kelelakianmu kau sorokkan di mana? Perkasa dirimu dimana
letaknya?
Kelelakian
lelaki terletak pada kebijaksanaannya melaksanakan perananya
yg unik dan tersendiri iaitu memimpin wanita.
Kepimpinan yg dimaksudkan ialah kepimpinan dalam suatu
institusi yg sangat penting yg mesti dipegang oleh lelaki.
institusi itu ialah nadi. benteng utama kepada kestabilan
masyarakat dan agama. itulah institusi keluarga.
Dia
pemimpin kepada isteri dan anak2nya. Tak kira wanita itu
sebagai
menteri tetapi dlm keluarganya dia tetap pengikut kepada
suaminya.
Disitulah terletaknya kelelakian seorang lelaki.
Apakah
rahsia kejayaan dalam kepimpinan suami?
Sejauh mana kita berjaya memimpin diri kita sendiri. Itu
kunci utaman
kepimpinan.Dan sejauh mana kita berjaya memimpin diri
terletak pula pada sejauh manakita berjaya memimpin hati,
akal, perasaan dan nafsu kita.
Jadi
siapa sebenarnya yg menjatuhkan kelelakian lelaki? lelaki
yg bukan lelaki.jgn sedih kalau kita tidak dihargai, tetapi
sedihlah kalau kita tidak mampu menjadikan diri kita berharga.
Formulanya
senang saja. kita hendak orang hormati kita, sama ada
sebagai suami, ketua pejabat dan sebagainya, kita hendaklah
hormat orang. Ibarat kita melempar monyet dengan batu,
dia akan lempar kita balik. kelebihan dan kehebatan seorang
lelaki terletak pada sejauh mana dia dapat melaksanakan
tanggung jawabnya.
Ada kelebihan, ada kehebatan..... adalah tanggung jawab.
Tak mungkin hebat saja tanpa tanggung jawab. Kalau kita
tak laksanakan tanggung jawab, tidak adalah kehebatannya.
kalau suami lepaskan tanggung jawab, isteri takkan hormat.
Utk
dihormati dan dibanggakan seisi keluarga, maka suami atau
bapa
hendaklah menjadi yg terbaik kepada mereka sebagaimana
sabda rasulullah s. a. w. " sebaik-baiknya kamu adalah
yg paling baik kepada keluarganya dan akulah adalah sebaik-baik
dikalangan kamu kepada keluarganya.
Mulianya
peribadi rasulullah s. a. w. menyebabkan khadijah sanggup
berkorban apa saja utk suaminya. kabaikannya selalu disebut2
rasulullah hingga dicemburui oleh saidina aisyah.
Tapi
.... suami hari ini tidak semudah itu boleh meminta atau
mengharap isteri berkorban segala2nya bagaikan khadijah
seandainya mereka tidak mendahului mencontohi peribadi
mulia rasulullah s. a. w.
|