|
Misteri
- Hubungan Air dengan Kejantanan
Air
adalah elemen utama dalam kehidupan manusia. Tanpa makanan,
manusia masih mampu hidup selama seminggu. Sebaliknya
jika seseorang itu tidak mengambil bekalan air hanya selama
tiga hari dia boleh mengalami kematian gara-gara kehilangan
air daripada tubuh. Begitu sekali pentingnya air kepada
kehidupan.
Walaupun
menjadi keperluan utama kepada manusia namun air juga
mempunyai kesan negatif khususnya kepada kejantanan lelaki.
Dalam masyarakat Asia, orang lelaki amat dilarang daripada
mengambil minuman yang mengandungi ais kerana ia diyakini
akan melemahkan tenaga batin. Ramai yang percaya pengambilan
minuman berais yang kerap akan menyebabkan penis menjadi
sejuk. Malah saraf di bahagian tersebut juga mengecut,
lantas menyukarkan pengaliran darah. Keadaan ini akan
menyebabkan penis sukar untuk tegang walaupun ketika bernafsu.
Ia juga menyebabkan air mani menjadi cair dan mudah terpancut
awal.
Selain
menyebabkan saraf penis menjadi sejuk, minuman berais
juga mampu mengganggu suhu tubuh. Tubuh manusia mempunyai
tahap kepanasan tertentu namun pengambilan minuman ais
yang kerap akan menyebabkan suhu tubuh itu terganggu.
Keadaan ini mengakibatkan sistem imunisasi tubuh lelaki
itu akan menjadi lemah dan tidak mampu melawan bakteria
dan virus beberapa jenis penyakit.
Jika
pengambilan minuman berais ini tidak dikawal, seseorang
lelaki itu bukan sahaja berisiko tinggi untuk mengalami
mati pucuk malah terdedah kepada pelbagai penyakit. Bagi
lelaki yang mahu memastikan kejantanannya sentiasa utuh,
mereka juga dilarang daripada meminum air ketika mengalami
kepanasan, baru berlari ataupun sedang bekerja berat.
Sebaliknya adalah lebih baik anda berehat terlebih dahulu
untuk merehatkan tubuh. Kemudian barulah mengambil minuman.
Ini untuk mengelakkan sistem saraf tubuh mengalami kejutan
yang mungkin akan menyebabkan timbulnya masalah kepada
kejantanan anda.
Anda
juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman selepas
jam 12 malam ataupun sebelum tidur kerana ia boleh melemahkan
otot dan saraf pinggang yang merupakan anggota penting
dalam hubungan seksual seorang lelaki.
Seperkara
lagi seorang lelaki ditegah daripada melakukan hubungan
seks di dalam air kerana ia memberi kesan yang amat buruk
kepada kejantanan. Apa yang akan berlaku ialah selain
saraf penis menjadi sejuk, saluran darah di anggota sulit
itu juga akan mengembang dan mengecut pada masa yang sama.
Perkara itu berlaku kerana semasa hubungan seks dilakukan,
saluran saraf penis akan mengembang kerana suhu tubuh
yang agak panas namun apabila ia terdedah kepada air,
suhu tersebut akan runtuh mendadak. Situasi ini memberi
kesan yang yang amat buruk kepada tenaga kejantanan.
Selain
itu, jangan sesekali membuang air kecil ke dalam air kerana
masyarakat dahulu percaya ia juga akan menyebabkan anda
mudah terkena penyakit mati pucuk. Walaupun anda mungkin
lelaki moden yang punyai pelbagai jenis ubat penguat seperti
viagra, pil kuda dan sebagainya, namun apa salahnya mengamalkan
petua orang lama asalkan kejantanan anda tetap utuh. Rupa
yang kacak pun tidak bermakna jika kejantanan terlalu
mudah layu!
|