www.homebisnes.com
Malaysia Homebisnes Portal


ARTIKEL-ARTIKEL DARI INTERNET


Hukum Sijil Simpanan Premium


Bentuknya: Seseorang membeli sijil berkenaan dalam harga tertentu (contoh
RM 100), kemudian dalam tempoh tertentu akan diadakan cabutan bertuah.
Sesiapa yang memenanginya akan menerima hadiah tertentu. Di samping
mendapat hadiah, dia juga tidak kehilangan duit yang simpan melalui
pembelian sijil. Jika dia tidak memenangi hadiah cabutan, dia akan mendapat
semula duit berkenaan tanpa lebih atau kurang.

Menurut fatwa Hai'ah Kibarul Ulamak Arab Saudi yang dinukilkan oleh majalah
al-Furqan, bahawa cabutan hadiah untuk sijil yang dikeluarkan oleh bank
adalah haram hukumnya. (Majalah al-Furqan, bil. 121, tahun 12, Muharam
1421-May 2000, hal. 14)

Fatwa ini berdasarkan kepada satu soalan yang terjemahannya adalah sebagai
berikut:
"Di tempat kami di Kuwait ini telah begitu berleluasa satu sistem di mana
ada bank-bank berasaskan riba menjual sijil dan ada cabutan bertuah. Di
mana harga sijil berkenaan sebagai contoh 50 Dinar. Sebahagiannya ada yang
membeli satu sijil sahaja atau ada yang membelinya hingga 10. Pada setiap
bulan terdapat satu cabutan bertuah ke atas sijil berkenaan. Siapa yang
menang akan mendapat hadiah berjumlah $1000 atau $100,000 atau $1,000,000.
Perlu diketahui bahawa selepas cabutan bertuah sijil ini akan dikembalikan
dengan jumlah wang asalnya."


Fatwa berkenaan menyatakan bahawa ia adalah haram, kerana sistem yang
diamalkan berbentuk perjudian / `yanasib'.


Menurutnya lagi, bentuk perjudian berkembang dari masa ke semasa. Akan
datang, akan muncul pula satu bentuk perjudian baru yang lain yang tiada
sebelum ini.


Fatwa ini juga memberi garis panduan untuk mengetahui secara mudah bentuk
perjudian. Katanya:
"...tetapi neraca untuk mengetahui bahawa sesuatu itu adalah judi ialah
dengan anda bertanya diri anda ketika cabutan hendak dibuat. Apakah anda
ada mengeluarkan apa-apa wang untuk tujuan berkenaan? Atau anda tidak
mengeluarkan sesen pun?"


Ini bermakna jika kita ada mengeluarkan wang untuk tujuan satu-satu
cabutan, bermakna itu adalah bentuk perjudian.


Fatwa berkenaan membuat satu andaian:
"Mungkin ada orang berkata: Demi Allah saya tidak mengeluarkan sesenpun
untuk cabutan berkenaan. Sijil ini yang berharga 50 Dinar akan dikembalikan
kepada saya sepenuhnya.


Kita jawab: Tidak, anda ada mengeluarkan wang sebanyak 50 Dinar untuk
tujuan cabutan berkenaan. Ia berkembang untuk kepentingan (keuntungan)
pemegangnya."


Ini bermakna, kita memang ada mengeluarkan wang untuk tujuan cabutan itu,
sekalipun ia dikembalikan sepenuhnya. Ketika cabutan dibuat wang berkenaan
tidak ada di dalam tangan kita, tetapi berada di tangan org (bank) yg
menganjurkan cabutan. Wang berkenaan berkembang (riba). Ia adalah untuk
kepentingan(keuntungan) bank berkenaan.


Apakah boleh kita diterima masuk untuk cabutan berkenaan jika kita tidak
memberikan wang kepada bank penganjur? Sudah tentu tidak boleh.

Manakala fatwa dari Lujnah al-Ifta' untuk Jam'iyah Ihya' al-Turath
al-Islami memberikan jawapan yang sama terhadap permasalahan sijil simpanan
ini. Hukumnya adalah haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian.
Fatwa ini terdapat di dalam majalah yang sama. (Majalah al-Furqan, bil.
121, tahun 12, Muharam 1421-May 2000, hal. 14)


Fatwa ini menyatakan dua faktor mengapa ia diharamkan:
1. Menyimpan harta/wang di dalam bank riba. Ia adalah diharamkan kerana
dianggap sebagai membantu atas perkara maksiat. Riba adalah salah satu dari
dosa-dosa besar. Dalilnya ialah surah al-Baqarah: 278-279, al-Ma'idah: 3.
Juga hadis nabi riwayat Muslim yang menyatakan ALlah melaknat pemakan riba,
wakilnya, dua saksinya dan penulisnya.


2. Sistem ini termasuk di dalam bentuk perjudian dan mengadu nasib yang
diharamkan. Dalilnya, al-Ma'idah: 90-91.


Dari sudut lain pula dapat kita lihat terdapat unsur kemudaratan di
dalamnya. Kerana orang yang membeli sijil berkenaan tidak tahu apakah dia
dapat kembali wang berkenaan bersama faedah dan ganjaran yang besar ataupun tidak memperolei apa-apapun. Bank riba yang menyimpan wang kita itu
mendapat keuntungan. Adakalanya ganjaran diberikan kepada penyimpan dalam
bentuk riba, dan adakalanya ia diberi dalam bentuk hadiah yang besar.
Hadiah ini pula tidak semua org
memperolehinya. Bila seorang dua yang dapat, maka yg lain terhalang dari
menikmati keuntungan bank berkenaan.

 

 

Malaysia Homebisnes Portal under SS DINAS ENTERPRISE
P.O.BOX 7133 Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Phone No: 013-6408906 Faks No: 03-91711639