Kita selalunya
mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang.
Namun, tahukah anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan
lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia
ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh
dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh
hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?
Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan
kecurangan pasangan.
Pasangan
anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau
sering berlaku:
1. Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Selalunya
anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi
sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama
anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal
lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga
anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya 'ada
masalah sikit'. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut
berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain
dan anda hanya dijadikan spare part!
2.
Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.
Sedang
asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja
si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada
saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa
nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan
tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit!
Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik
atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin
pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari
alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih
lain.
3.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika
dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada
menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi
kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar
pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan
terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan
dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
4.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.
Si
dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah.
Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya
dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun
anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia
tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika
si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki
hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan
yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik
anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi
menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari
jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap
anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan
buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
5.
Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.
Sudah
tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit
pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah
pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon
bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon
dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana
kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak
mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya
kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman
wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon
bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.
6.
Tidak lagi rajin menelefon anda.
Di
awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali
dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon
anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu
hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi
sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya
tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya
dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya
dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia
tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali
menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
7. Berubah sikap dengan ketara.
Jika
dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika
dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering
menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat
begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta
bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia
tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya
melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil
berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya
yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman
baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya
berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!
8.
Asyik lewat ketika temujanji.
Anda
sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah
berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk
tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti
traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika
sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah
selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh
bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah
jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung,
pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu
menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari
satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil
dengan wanita lain!
9.
Menerima panggilan telefon secara rahsia.
Sedang
makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon
atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon
atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok
ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun
dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual
di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima
SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin
kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya
gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan
dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan
jika dia berlaku curang terhadap anda!
10.
Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda.
Anda
pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya
ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila
anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu
masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya
anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari
istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar
dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang
tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin
salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak
pasangan!
11.Telefon
bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati .
Ketika
anda cuba menghubunginya, handsetnya sering mati..Jika tidak
mati, taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga
kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba
menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika
anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar
atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika
tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu
supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah
satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja
mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!
12.
Kerap memberi alasan sibuk dan penat .
Anda
mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu
tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama
anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan
terlalu penat. Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti
menarik di hujung minggu. Anda cuba memahami tetapi jika si
dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya
kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin
anda dapat memahami. Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya
mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.
Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin
si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang
penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada
terus dibohongi kerana kecurangannya!
13.
Sering tersasul menyebut nama wanita lain.
Pelik
apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia
memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar,
dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating,
dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda
bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu
adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa
saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail
telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah
tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya
anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera),
dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa
dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana
takut tersilap sebut. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi
ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai
banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana
dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara
anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.
14.
Sepi tanpa berita bila berjauhan.
Si
dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung
belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang
lama di tempat yang lain. Anda mempercayai kesetiaannya tetapi
adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini
adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau
juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia
rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya
menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa
berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi
anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan
tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada
sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan
si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat
baru.
15.
Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya .
Anda
tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya
atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya. Mungkin si dia
tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam
diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin
berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri
tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar
tidak diperdayakan.
16.
Marah apabila anda bertanya aktivitinya.
Sebagai
seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti
teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat,
kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya
di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang
penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong
pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil
berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini
akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini
menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai
sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia
membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya
bersama kekasih lain!