|
Diskusi
seks: Mengapa
sukar orgasme?
Mengapa
Sukar ORGASME merupakan satu perkara yang sering diperkatakan
apabila kita membicarakan tentang seks. Namun berapa ramai
antara kita yang benar-benar dapat mengakui bahawa mereka
sering dapat mencapai orgasme apabila berhubungan intim.
Bukan itu sahaja, apakah kita benar-benar faham apakah
yang dimaksudkan dengan orgasme itu sendiri?
Sebab
itu, perkara pertama yang perlu anda ketahui ialah apakah
yang anda harapkan dan bayangkan mengenai seks. Apabila
yang dicari adalah kepuasan dan kenikmatan, maka itu dapatlah
diertikan sebagai orgasme.
Ejakulasi
pada wanita merupakan satu fenomena yang tidak semestinya
terjadi pada semua wanita. Sebenarnya maksud ejakulasi
bagi wanita itu sendiri masih belum jelas. Sebab itu janganlah
anda menganggap bahawa ejakulasi sebagai tanda khas orgasme
bagi wanita se-bagaimana lelaki.
Orgasme
bagi wanita adalah kepuasan dan kenikmatan yang timbul
ketika berhubungan intim, sebagai puncak atau fasa ketiga
daripada tindak balas seksual di mana terjadi kontraksi
otot-otot sekitar vagina dan pelvik yang kemudiannya tersebar
ke seluruh tubuh.
Respon
seksual seseorang biasanya mencakupi empat fasa. Pertama,
fasa perangsangan, kedua adalah fasa 'plateaui (peningkatan
rangsangan) yang diikuti dengan fasa ketiga, iaitu orgasme.
Fasa keempat pula ialah resolusi di mana tubuh memerlukan
masa untuk kembali pada keadaan normal.
Dalam
mencapai orgasme, rangsangan fizikal yang diikuti dengan
aspek 'psikiki atau kejiwaan adalah sangat penting. Seks
tidak akan dapat memberikan kenikmatan dan kepuasan jika
hanya melibatkan aspek fizikal semata-mata.
Orgasme
bermakna tercapainya fasa ketiga daripada tindak balas
seksual seorang wanita. Pencapaian orgasme adalah amat
bergantung pada perasaan anda dan perasaan pasangan anda
ketika itu. Contohnya, apabila anda tidak mahu melakukan
hubungan intim tetapi terpaksa berbuat demikian, tentu
sahaja kepuasan dan kenikmatan itu sukar dicapai.
Secara
amnya, orgasme dapat dicapai oleh semua wanita. Namun
hakikatnya, ada yang mudah mendapatnya, ada yang agak
sukar, dan tidak mustahil ada yang belum pernah merasakannya.
Wanita yang sulit atau belum pernah mengalami orgasme
tidak boleh dikatakan sebagai wanita yang abnormal.
Kesulitan
mencapai orgasme mungkin disebabkan oleh beberapa perkara
seperti adanya konflik mental, lesbian, atau pandangan-pandangan
tertentu. Sesetengah orang berpendapat bahawa seks bagi
wanita hanya berfungsi sebagai reproduksi, atau menganggap
orgasme bagi wanita bukanlah satu perkara yang penting.
Seolah-olah
orgasme itu hanya milik orang lelaki. Mereka yang berfikiran
seperti ini biasanya sukar mencapai orgasme. Rangsangan
(foreplay) juga berperanan dalam mencipta orgasme. Beberapa
orang pakar dalam bidang seksual berpendapat bahawa 92
peratus wanita akan mencapai orgasme apabila rangsangan
berlangsung selama 21 minit atau ebih. Perkataan lain
yang menentukan terjadinya orgasme adalah berapa lama
hubungan intim berlansung. Apabila hubungan intim berjalan
terlalu singkat, maka kesempatan untuk terjadinya orgasme
turut berkurangan. Wanita memang perlu 'belajari untuk
memperoleh orgasme. Ada wanita yang dapat mencapai orgasme
melalui rangsangan vagina, ada yang melalui rangsangan
klitoris, atau ada juga melalui khayalan.
Sebab
itu wanita perlu terlebih dahulu belajar untuk mengenali
dirinya sendiri dan tindak balas- tindak balas seksualnya.
Jangan tergesa-gesa kerana proses belajar memang memerlukan
masa dan kesempatan yang secukupnya.
Pada
zaman dahulu banyak yang beranggapan bahawa orgasme pada
wanita hanya dapat dicapai melalui hubungan seksual (vagina).
Mereka yang tidak dapat mencapai orgasme melalui hubungan
seksual dianggap abnormal. Namun kini setelah pelbagai
kajian dilakukan, didapati bahawa orgasme juga dapat dicapai
melalui rangsangan klitoris dan juga satu titik (tidak
semestinya dimiliki oleh semua wanita) yang dinamakan
G-spot. Orgasme akan dapat dipertingkatkan dengan melakukan
rangsangan pada titik ini. Jika suami anda berperilaku
normal dalam hal-hal seks, anda patut bersyukur tentang
ini. Namun perilaku normal bukan bererti telah cukup pengetahuan
untuk membawa anda menikmati kepuasan seks. Selain mempelajari
tindak balas seksual anda sendiri, anda juga sepatutnya
mengajak suami untuk mempelajari tindak balas seks dirinya
dan juga anda. Dengan itu anda berdua dapat menggunakannya
untuk mencapai kepuasan bersama.
Dengan
pengetahuan yang ada, anda hanya perlu bersabar sambil
terus mencuba. Cubalah mengamalkan sikap yang lebih tenang
tanpa memaksa diri mencapai kenikmatan dan kepuasan yang
disebut sebagai orgasme. Orgasme akan datang apabila anda
'membawa' seluruh fikiran dan aspek lairiah anda ke dalam
hubungan seksual. Jika tetap tidak berjaya cuba dapatkan
nasihat psikiatri kerana tidak mustahil anda menderita
apa yang dinamakan sebagai anorgasmi, iaitu tidak dapat
mencapai orgasme kerana pelbagai halangan, terutama adanya
fikiran serta pengalaman lalu yang mengganggu.
|