|
Tips
Kahwin: Fakta-fakta seks dalam perkahwinan
BUKAN
hanya hidup kita ada etika dan fakta-fakta yang perlu
kita ikuti kehidupan seks juga begitu. Kehidupan seksual
anda dan pasangan akan menjadi lebih bermakna apabila
anda tidak sewenang-wenangnya melanggar segala etika dan
fakta yang tersebut. Fakta-fakta berikut dipetik dari
bab 'Sex & Marriage" dalam buku "Your Guide
to a Better Sex" hasil tulisan Dr. Theresa Larsen
Crenshaw. Dr. Crenshaw merupakan seorang pakar seksologi
dari Universiti of California, San Diego.Amerika.
Seks
yang bermakna
Kehidupan
seksual akan menjadi lebih bermakna apabila melalui seks
anda dapat mengungkapkan rasa senang, menikmati kelembut-an,
dan menikmati 'letupan-letupan ghairah'.
Etika
Seksual
Etika
seksual bukan hanya pertu dipatuhi ketika anda berdua
berada di tempat tidur,terapi juga ketika anda berdua
sedang berada di dalam kereta, di meja makan, dalam panggung
wayang, atau ketika sedang bersama kawan-kawan. Ucapan
kasar ketika di pesta atau se-suatu majlis misalnya, sudah
cukup untuk merosakkan keindahan suasana malam nanti.
Bagaimana anda mengungkapkan perasaan di luar bilik tidur
(dan kepada siapa) berpengaruh besar kepada kehidupan
seksual anda serta ikut menentukan mutu dan 'frekuensinya'
.
Mengawasi
masalah sejak awal
Harus
anda ingat bahawa, biarpun baru sahaja terlintas dalam
fikiran bahawa ada yang tidak beres dalam kehidupan seksual
anda, maka kemungkinan besar memang ada masalah dalam
hubungan seksual anda berdua.
Pengesanan
awal
Tanyakan
pada diri sendiri; "Apakah saya akan berasa puas
seandainya kehidupan seksual kami tidak berubah-ubah dan
saya akan mengalami perkara yang sama selamanya?"
Jika jawapan yang anda temui adalah 'tidak', anda perlu
lebih jauh bertanya, "Apakah masalahnya?" Cari
sampai dapat masalah dan jawapan kepada masalah tersebut.
Jangan menghindari masalah tersebut sambil berharap masalah
itu akan pergi dengan sendirinya. Terimalah kenyataan
bahawa kehidupan seksual anda tidak memuaskan. Lakukan
sesuatu untuk memperbaikinya sebelum terlambat. Makin
ditunda, masalah akan bertambah parah.
Ya
atau Tidak
Apabila
jawapan di atas adalah 'ya', maka tanyakan pada diri sendiri
apakah jawapan pasangan anda. Jika jawapan juga 'ya',
anda bolehlah bersenang hati. Dan apabila suatu ketika
jawapannya adalah 'tidak', maka jangan menyangkalnya.
Dipetik
dari Majalah Tempatan
|