Web CINTA ISTERI
 

 

Gagal puaskan isteri


MASALAH yang saya alami begitu merunsingkan saya. Saya berkahwin dua bulan lalu, tetapi saya gagal apabila memberikan kepuasan seksual kepada isteri.
Entah mengapa zakar saya tidak mampu untuk ereksi, sekali gus membuatkan hubungan seks bersama isteri gagal. Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi zakar saya masih tidak mampu untuk ereksi. Adakah saya mempunyai masalah lemah syahwat atau mati pucuk? Untuk pengetahuan doktor, sewaktu remaja saya kerap beronani. Adakah ia boleh menjadi puncanya?

Jika benar, bagaimana untuk mengubatinya supaya saya mampu untuk memberikan kepuasan seksual kepada isteri? Tolonglah doktor, masalah ini benar-benar menghantui saya. Saya juga bimbang ia boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga kami.

WOREN,

Bagan Datoh, Perak

PASANGAN yang mempunyai masalah dalam hubungan seksual perlu berbincang dan mencari kata sepakat bersama. Sama ada masalah itu datang daripada suami atau isteri, ia perlu diselesaikan bersama kerana ia bukannya masalah individu.

Hubungan seksual atau persetubuhan hendaklah dilakukan dalam keadaan selesa dan seronok. Dalam keadaan sedemikian kemuncak rangsangan atau ejakulasi boleh berlaku dengan penuh nikmat. Jika tidak, ereksi dan rangsangan akan hilang begitu saja!

Ada sebahagian lelaki terikat dengan tabiat onani mereka. Ini mengakibatkan mereka merasakan bersetubuh dengan isteri tidak mendatangkan keseronokan sebagaimana yang dinikmati ketika beronani.

Apabila bersetubuh dengan isteri, dia tidak dapat mengecapi nikmat klimaks. Ia mengakibatkan dia tertekan dan lama-kelamaan, ereksi semakin sukar dicapai. Masalah ini dikenali sebagai ‘situational impotence’ atau mati pucuk akibat tertekan.

Wanita sebenarnya sukakan sentuhan mesra, malah ia adakalanya sudah cukup untuk memberikan keselesaan batin kepada mereka. Persetubuhan tanpa ejakulasi juga dapat memberi sedikit kepuasan kepada pasangan, tetapi ia lebih sempurna jika kedua-dua mencapai klimaks. Sekurang-kurangnya lelaki akan puas dan selesa!

Bagaimanapun, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat rawatan daripada pakar. Sememangnya masalah ketiadaan ejakulasi atau ‘enejaculation’ adalah masalah yang meruncing.

 

 
Web CINTA ISTERI

 

Dipetik dari Harian Metro - Credits to them