|
HATI
DAN PERASAAN
Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang
telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak
pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan
bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah
dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang
telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah
'ia' datang.
Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam
hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus
mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya
palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana
ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan
hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika
di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah
apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu
kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara
yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan
diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan
anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda
adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan
anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah
ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki
segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan
hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang
menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh
menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman
dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan
kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan
dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling
anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila
anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang
sekeliling anda pula yang akan menangis.
Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda
peringatan anda pada mereka.
Wallahu A'lam.
|