|
Topik
seks : Hematospermia: Air Mani bercampur darah
Nafi
menjadi panik bila spermanya berwarna merah seakan darah.
Yang peliknya dia tidak merasa luka ataupun pedih tapi
sperma berdarah ini sangat merunsingkan. Seolah-olah darah
keluar dari alat sulitnya. Isterinya turut menjadi cemas,
bimbang penyakit itu menular kepadanya. Apakah epidemik
ini dan bagaimana ia boleh terjadi?
Jangan
sangka wanita saja yang keluar darah haid, lelaki juga
kadangkala mengalami masalah yang seakan sama. Berbeza
dengan perempuan ia bukannya fenomena datang bulan tetapi
dikenali sebagai hematospermia. Ia adalah keadaan dimana
lelaki mengalami pendarahan semasa ejakulasi atau ringkasnya
air mani bercampur dengan darah.
Namun
begitu percampuran itu bukanlah seperti susu bercampur
dengan perasa ros. Darah hanya kelihatan dalam jumlah
yang sedikit dan kadangkala lidak disedari oleh pesakit.
Keadaan ini kadangkala membuat lelaki kurang perihatin
dan hanya menyedarinya bila ia sudah kelihatan dan ketara.
Namun begitu belum ada laporan yang menunjukkan berlaku
pendarahan yang banyak dialami oleh lelaki mengidapnya
biarpun pada tahap yang serius.
Keadaan
ini meskipun wujud di kalangan lelaki tapi jumlah pengidapnya
tidaklah terlalu besar. Terdapat dua kesan yang akan berlaku
kepada pengidap penyakit ini terutama sekali dari segi
psikologinya. Ini kerana ia akan membuat lelaki merasa
takut setiap kali melakukan hubungan seks. Sudah tentu
tak ada lelaki yang sanggup berdepan dengan pasangan selepas
melakukan hubungan bila diakhirnya melihat sesuatu yang
ganjil terdapat pada benihnya. Ini akan menyebabkan lelaki
yang mengidapnya tidak selesa setiap kali mahu melakukan
hubungan seks.
Selain
itu ia juga akan memberi kesan kepada wanita kerana sudah
tentu wanita tidak akan membenarkan dirinya dicemari air
mani berdarah. Meskipun belum diketahui kesannya pada
kesihatan wanita, tapi tentunya mereka tak sanggup rahim
mereka diisi dengan bahan tercemar.
Bagaimanapun
puncanya kurang diketahui dan ada yang menyangka masalah
ini sama seperti darah yang keluar dari hidung semasa
cuaca panas. Yang pastinya ia adalah satu masalah tapi
jangan terlalu panik. Dari segi perubatan, hematospermia
berlaku akibat kebocoran pada uretra, prostat dan juga
saluran mani. Jangkitan pada alat kemaluan lelaki dikatakan
sebagai punca utarna, manakala kanser bukanlah punca darah
keluar.
Hampir
90% mereka yang mengalaminya tidak ada masalah pada alat
kelamin sebelumnya. Manakala tahap umur yang biasa mengalaminya
gejala ini adalah diantara 14 hingga 75 tahun dan biasanya
lelaki yang berusia akhir 30-an kerap diserang. Yang merimaskan
penyakit ini akan menyerang pesakit berulang-ulang kali
dan pendarahan berlaku berminggu-minggu.
Antara
sebab dikatakan menjadi punca wujudnya penyakit ini. Melakukan
hubungan seks dengan cara kasar secara berterusan mungkin
penjelasan paling tepat berlakunya penyakit ini, kerana
ia mungkin menyebabkan kerosakan pada saluran kemaluan.
Akibatnya berlaku luka atau bukaan pada saluran alat kelamin
lelaki yang menyebabkan pendarahan kecil. Oleh itu elakkan
melakukan hubungan kelamin dengan cara yang kasar dan
ganas kerana ia mungkin memberi kesan kepada anda.
Ada
dua keadaan bagi pesakit hematospermia; iaitu darah hanya
keluar semasa ejakulasi bersama air mani, tetapi air kencing
mereka tidak bercampur darah. Pesakit juga tidak menunjukkan
simptom kesakitan semasa membuang air kecil. Bagi yang
mengalami keadaan ini kadangkala rawatan tidak diperlukan
kerana ia akan sembuh secara semulajadi.
Manakala
keadaan kedua ialah pendarahan berlaku secara konsisten
dan boleh dijangkakan, Biasanya berlaku pendarahan semasa
membuang air kecil dan pesakit mengalami beberapa penyakit
seperti sakit jantung yang kronik dan Jangkitan pada saluran
kencing. Pesakit yang mengalami keadaan ini perlu menjalani
rawatan penilaian urologi. Namun begitu jangan memandang
rendah pada kesan yang mungkin dibawa oleh penyakit ini.
Bak kata orang mencegah lebih baik dari mengubati. Oleh
itu jika ada tanda awal anda perlu dengan segera mendapatkan
rawatan dari pakar. Ditakuti ia akan memberi kesan buruk
dan penyakit lain yang tidak dijangkakan seperti Jangkitan
kuman dan kudis pada alat kelamin.
Bagi
pesakit yang mengalami masalah ini lebih dari 3 minggu
mereka patut mendapatkan rawatan penilaian urologi untuk
mengesan punca sebenar. la akan meliputi pemeriksaan alat
kemaluan dan ujian tekanan darah kerana hipertension juga
boleh dikaitkan dengan hematospermia. Kadangkala sesetengah
urologis akan melakukan ujian transrectal ultrasounds
untuk melihat samada ada batu karang atau bahan asing
dalam saluran kemaluan.
Meskipun
begitu rawatan khusus yang ada untuk mengubatinya masih
terbatas dan belum begitu dikenalpasti Pengidapnya juga
perlu sentiasa mengawasi faktor pemakanan jika dikesan
mengalami penyakit ini. Selain itu juga mereka diingatkan
supaya sentiasa menentukan jadual melakukan hubungan seks
dan mengurangkan kadar kekerapannya agar kesannya kelak
tidak melarat dan semakin serius.
Bagi
wanita mempunyai pasangan yang menghadapi masalah ini
mereka perlu berfikiran terbuka. Hadapi keadaan itu dengan
tenang dengan harapan ia boleh diselesaikan. Memberi tekanan
kepada suami hanya akan menambah kesukaran pada keadaan
yang sedang mereka lalui. Berikan sokongan moral supaya
pasangan dapat melepasi saat sukar itu dengan tenang dan
selamat. Tentunya tak ada mana-mana lelaki rela berdepan
keadaan ini dalam hidup mereka kerana bagi lelaki air
mani menjadi lambang kehebatan dan kesucian diri mereka.
Hematospermia
memang menakutkan lelaki tetapi kebanyakan pesakit dikesan
tidak mengalami tanda-tanda kurang normal dan tidak memerlukan
sebarang terapi. la adalah penyakit yang datang dan pergi
serta tidak mendatangkan lain-lain penyakit atau sebarang
risiko kepada pasangan. Jika air mani anda bercampur darah
jangan terlalu risau, setidak-tidaknya e-group telah memberitahu
anda tentang satu lagi masalah lelaki ini.
Dipetik
dari Majalah Maskulin (keluaran January)
|