Hukum Berkahwin .


HUKUM BERKAHWIN

Kita berada di mana? Apakah sudah sampai kepada WAJIB ataupun HARAM. Perbetulkan niat kita. Semoga Allah memberkati usaha dan hasrat kita.

Jaiz
Bernikah hukumnya jaiz (boleh), ini adalah asal hukum. Kemudian
datang sesuatu penyebab yang menyebabkan hukum lain wajib, sunat,
makruh dan haram.

Wajib
Berkahwin hukumnya wajib bagi orang yang sudah berkeinginan untuk
bersetubuh (Ta'iq) sedang padanya ada kemampuan dan belanja yang
cukup untuk berkahwin. Dia kuatir sekiranya tidak berkahwin dia akan terjerumus dan berbuat yang dilarang oleh Allah.

Sunat
Bagi orang yang ada keinginan untuk bersetubuh dan ia mempunyai
perbelanjaan cukup untuk menanggung biaya perkahwinan dan nafakah keluarga, namun ia tidak kuatir dirinya terjerumus kepada perbuatan maksiat kerana ia leka beribadah dan kuat imannya. Namun demikian ia sunat berkahwin (kahwin daldah lebih utama baginya)".

Makruh
Hukum makruh terbahagi dua:

Bagi orang yang tidak mempunyai keinginan untuk bersetubuh dan tidak mempunyai perbelanjaan untuk menanggung nafkah keluarga dan biaya berkahwin.
Makruh juga berkahwin bagi orang yang mempunyai perbelanjaan namun ia tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin ini disebabkan kerana padanya ada penyakit seperti lemah zakar (mati pucuk) atau orang yang sudah uzur (berusia lanjut).

Haram
Haram berkahwin bagi orang yang berniat hendak menyakiti, membalas dendam atau mencederakan wanita yang dikahwininya.


Copyright © Reserved , Minyak Lintah ® Moderator