RANGSANGAN YANG JARANG DIKETAHUI


Kebiasaannya lelaki jarang mengutamakan rangsangan di bahagian puting mereka sebaliknya mementingkan di tempat lam walhal puting lelaki dan perempuan sama sensitif kerana diliputi oleh saraf-saraf yang peka terhadap rangsangan. Anda boleh mencuba untuk mengetahui keberkesanannya.


LELAKI LEBIH SUKA BERCUMBU DI INTERNET


Tahukah anda, kebanyakkan lelaki sama ada masih bujang atau sudah berkahwin suka melayari internet. Tujuan mereka bukan sahaja untuk menimba ilmu malah lebih jauh lagi melayari laman web lucah dan porno yang mempamerkan bintang terkenal dan model-model jelita dari serata dunia. Justeru itu tidak hairanlah jika mereka lebih suka bercumbu dengan komputer dari isteri mereka sendiri. Adakalanya mereka kurang cergas dan tidak bermaya kerana terlalu lama berhadapan dengan computer. Oleh itu berhati-hatilah jika suami anda suka berada di depan kom-puter waktu malam dan tidak bermaya untuk bercumbu dengan anda.


VASEKTOMI MENJADIKAN LELAKI LEBIH GHAIRAH


Kajian di Indonesia ke atas 400 lelaki yang melakukan vasektomi ( pemotongan dan pengikatan pada vasa diferensia kanan dan kiri)mendapati keghairahan meningkat 50% sewak-tu melakukan hubungan seks dengan isteri berbanding sebelumnya. 40% menyatakan tiada perubahan, dan 10% menurun. Hal ini menunjukkan mereka yang melakukan vakse-tomi berupaya memberi kepuasan yang lebih kepada isteri.


SENAMAN ELAK KANSER PROSTAT


Olahraga dan senaman mampu mengelakkan lelaki dari diserang penyakit prostat. Kajian oleh Universiti Harvard ter-hadap 17 ribu alumninya menunjukkan, senaman seperti berlari 8 jam setiap minggu mampu menurunkan risiko gang-guan prostat. Oleh yang demikian, perhatikan diet anda kerana lelaki Asia dikatakan berkemungkinan lebih besar diserang BPH berbanding lelaki Barat kerana pemakanan mereka mengan-dungi lebih banyak lemak dan kolesterol yang akan mendorong pembesaran prostat. Selain senaman, lelaki juga perlu mem-banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran dalam diet.


TOMATO MEMPENGARUHI KELAJUAN SPERMA


Percaya atau tidak, tomato adalah pelancar kepada aliran sperma dan menghasilkan sperma yang sihat. Ini adalah hasil para pengkaji dalam All India Institute of Medical Sciences, New Delhi, India ke atas 30 lelaki yang tidak subur sebagai responden. Para responden yang berusia 23-45 tahun itu mem-punyai masalah utama seperti jumlah, dan bentuk sperma yang tidak normal. Selama tiga bulan, responden meminum 2mg likopen dua kali sehari. Hasilnya, terjadi peningkatan jumlah dan aktiv-iti sperma pada 21 responden. Struktur sperma pada 63 persen responden juga bertambah baik. Bahkan.enam pasangan responden dilaporkan hamil setelah beberapa bulan.
Hasil kajian Rajeev Kumar dan N.P. Gupta itu yang mana
keduanya ahli urologi menyatakan bahawa testis organ penghasil sperma lelaki yang subur mengandungi banyak likopen (lycopene). Likopen terkandung dalam tomato, anggur, semangka, dan kerang. Justeru itu, mulai sekarang banyakkan memakan tomato
.


Copyright © Reserved , Minyak Lintah ® Moderator