|
Manafaat
seks pada lelaki
Selain
daripada memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu,
seks mempunyai banyak kelebihan untuk lelaki dalam menjalani
kehidupan seharian.
Antaranya,
seks dikatakan;
•Menguatkan
sistem ketahanan tubuh badan dimana dengan adanya orgasma
ia akan meningkatkan pengeluran sel-sel darah putih yang
akan menentang kesakitan dan penyakit.
•Memperbaiki
tubuh badan melalui regangan dan pergerakan yang terlibat
ketika melakukan hubungan kelamin merupakan senaman untuk
tubuh badan. la berkesan terutamanya pada otot-otot perut,
paha dan punggung.
•Menurunkan
berat badan kerana seks yang bertenaga adalah satu bentuk
senaman yang hebat. Dalam satu sessi, kamu boleh membakar
kira-kira 200 kalori, yang bersamaan 25 minit di atas
Stairmaster, 45 minit berbasikal atau setengah jam berjoging.
•Membuat
wajah berseri-seri dimana kehidupan seks yang hebat akan
menjadikan kulit lebih cantik berbanding menggunakan sebarang
losen atau ubat. Apabila rang yang kamu sayangi menyentuh
dirimu, ia akan kelihatan di wajah. Anak mata kamu membesar
dan rona merah kelihatan pada pipi kamu. Ini akan membuatkan
wajah kamu kelihatan berseri-seri.
|
|
Zakar
buaya ubati lemah syahwat
Selain
daripada Tongkat Ali, sup ekor, lintah dan pelbagai rawatan
lagi untuk menaikkan syahwat lelaki. Kini zakar
buaya juga digunakan. Menurut mereka yang pakar dalam
bab-bab perubatan tradisional ini zakar buaya
dikatakan mengubati pelbagai penyakit seperti lemah syahwat,
darah tinggi, kencing manis, lemah jantung,
lelah dan sengal-sengal tulang.
|
|
50 juta benih untuk jadi manusia!!
Tahukah
kamu untuk menjadikan seorang manusia, si ayah perlu mengeluarkan
50 juta benih atau sperma ke dalam
rahim si ibu. Di samping itu, ukuran sperma juga tidak
sama. Sperma yang menghasilkan anak lelaki saiznya
lebih kecil berbandina sperma yana menghasilkan anak perempuan.
Sperma lelaki juga dikatakan lebih
laju dan akan lebih cepat sampai ke destinasi serta menghasilkan
anak lelaki.
|
|
Makanan laut tingkatkan kualiti
sperma!!
Ingin
tingkatkan kualiti sperma! Manjakan diri kamu dengan makanan
laut seperti abalone, tiram dan karangan laut yang lain.
Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh
meningkatkan kualiti sperma.
|
|
Celery
tingkatkan keinginan seks
Celery
atau dikenali di kalangan kita daun saderi dikatakan boleh
membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku
masakan Sweden, C.E. Hagdahl daun saderi ini dipercayai
boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh merangsangkan
dengan cepat. la lebih elok jika dimakan mentah. Celery
dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar
kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan
boleh memikat perempuan.
|
|
10
sebab mengapa Lelaki memilih untuk terus membujang
1.
Memang tiada bernafsu terhadap wanita.
2.Ada
pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan
oleh kekasih.
3.
Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda atau pernah
melihat kekejaman ayah terhadap ibunya.
4-Terlalu
mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian,
terus hilang selera untuk berkahwin.
5-Takut
tak bahagia apabila berkahwin nanti.
6.
Tidak mempercayai golongan wanita.
7.
Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri.
8-Terlalu
sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.
9.Takut
tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak
cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
10.
Menulahkan pihak lain. Misalnya, "Sebab engkau tak
kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin. Padan
muka engkau." (Sepatutnya padan muka aku!)
|
|
Seks
boleh sembuhkan penyakit lelah
Seorang
doktor di sebuah hospital persendirian berasa bingung
kerana seorang pesakitnya sudah berulangkali datang untuk
mendapatkan rawatan bagi masalah yang sama, iaitu masalah
lelah. Biarpun telah diberikan pelbagai jenis ubat dan
terapi, keadaan si pesakit tetap sama. Suatu hari si pesakit
telah melakukan hubungan intim dengan pasangannya dan
mencapai orgasme. Sama ada anda mahu percaya atau tidak,
penyakit lelah yang dideritai terus hilang dan tidak pernah
berulang lagi. Contoh di atas hanyalah satu daripada sekian
banyak manfaat seks kepada kesihatan. Hubungan seks yang
menyenangkan itu menyihatkan memang sudah ramai yang tahu,
tetapi tahukah anda bahawa hubungan intim juga boleh menyembuhkan
penyakit? Misalnya melancarkan peredaran darah, membaiki
fungsi buah pinggang, menghilangkan ketegangan, melangsingkan
tubuh badan, menguatkan otot-otot paha dan banyak lagi.
|
|
Lelaki
juga boleh dingin seks
Tindak
balas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya
umur seseorang lelaki itu. Semasa remaja, sistem saraf
seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil
boleh menyebabkan zakar menegang. Apabila lelaki bertambah
dewasa mekanisme ketegangan kurang terangsang, ini disebabkan
oleh beberapa faktor. Untuk membolehkan lelaki bertindak
balas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah
seperti berikut:
*
Tidak terlalu letih. Kalau terlalu letih, nafsu untuk
melakukan hubugan seks akan terbantut. Oleh itu untuk
mendapatkan kenikmatan dalam hubungan seks, pastikan tubuh
berada dalam keadaan relaks.
*
Tidak wujud ketidakselesaan fizikal yang berat seperti
rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau
atau rasa rendah diri.
*
Emosi tidak terganggu seperti wujudnya rasa bersalah,
kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah
diri.
*
Wujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya
lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada
situasi. Jika isteri mahu jimak dan suami tidak bersedia,
suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain
daripada jimak
*
Lelaki yang ingin melakukan hubungan seks perlu berminat
untuk melakukannya serta tertarik dengan pasangannya.
*
Sebagai lelaki, tidak sepatutnya wujud perasaan risau
mengenai betapa baguskah mereka ketika di ranjang dan
sepatutnya tidak memikirkan apakah perasaan isteri mengenai
dirinya dalam jimak.
*
Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan tidak wujud
tekanan dalam perhubungan tersebut . Sebagai contoh, wujudnya
perselisihan antara suami dan isteri.
*
Semasa di usia tua, lelaki perlu lebih banyak rang-sangan
fizikal terhadap zakar. Oleh itu, sebelum memulakan hubungan
seks, rangsangan mental dan fizikal perlu dilakukan lebih
kerap dan bersungguh-sungguh.
*
Di samping itu, keadaan persekitaran fizikal yang baik
seperti tiada gangguan, tidak diketahui atau di dengari
oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau
cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.
*
Tidak minum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai
masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.
|
|
Lelaki
juga bimbang masalah imej tubuh mereka!
BUKAN
hanya wanita sahaja yang bimbang tentang penampilan dirinya
sebaliknya golongan lelaki juga tidak terlepas daripada
memikirkan tentang penampilan diri mereka terutama di
hadapan pasangan masing-masing.
Menurut
Penyunting Jumal Perubatan British, David Castle, rasa
malu yang menebal menyebabkan golongan lelaki enggan berbincang
secara terbuka mengenai masalah mereka.
Kita
tahu bahawa wanita seringkali bimbang tentang saiz buah
dadanya yang kononnya dianggap kecil, punggung yang agak
lebar, selulit pada perut, paha dan garis-garis kedutan
pada wajah. Lelaki juga menghadapi masalah yang sama dengan
wanita iaitu sering tidak puas hati dengan penampilan
tubuh mereka. Ada saja yang tidak kena. Tapi, tahukah
anda bahawa masalah imej tubuh ini sebenamya lebih serius
di kalangan lelaki. la dikenali sebagai gangguan dysmorphic.
Biasanya
masalah yang menjadi kebimbangan golongan "gagah
perkasa' ialah masalah tentang penampilan diri seperti
jerawat dan parut, masalah keguguran rambut dan botak
serta alat kelamin mereka.
Walaupun
masalah ini tidak terlalu serius namun ia sedikit sebanyak
membuatkan mereka sedikit tertekan dan ada juga golongan
lelaki yang tidak dapat menjalani rutin seharian dengan
normal. Hingga kini tidak dapat diketahui apakah punca
masalah ini melanda golongan lelaki. Mungkin faktor psikologi,
genetik dan tekanan sosial menjadikan mereka berfikiran
begitu.
|
|
Kopi boleh mengaktifkan sperma
Selain
daripada mencegah mengantuk, kandungan kafein dalam kopi
juga boleh menpercepatkan gerak sperma. Hasil penyelidikan
menunjukkan kafein yang dititiskan ke sperma secara ein
vitroi iaitu di luar tubuh, mampu mendorong dava gerak,
kecepatan dan kemampuan penetrasi sperma.
Daripada sperma normal yang berjumlah lebih kurang 20
juta/ml, tidak semua mampu memancut laju ke sasaran ovium
iaitu sel telur. Hanya 50 peratus yang berhasil mencapai
sasaran dengan kecepatan 40 mikrometer sesaat. Pada lelaki
mandul, sperma tidak aktif yang berjumlah lebih daripada
50 peratus umumnya 'tidur', malas atau tidak berupaya
untuk mencapai sasaran. Sperma yang lemah ini perlu dikejutkan
supaya aktif kembali dan boleh berfungsi.
Dalam
satu kajian yang dibuat, dengan menitiskan kafein sebanyak
6 milimolar pada cairan sperma secara langsung menjadikan
sperma yang malas itu menjadi aktif. la meningkat daripada
hanya 45.5 peratus kepada 59.5 peratus. Keaktifan juga
bertambah. Kecepatan naik dari 41.2 mikrometer sesaat
menjadi 43.3 mikrometer sesaat. Sebelum kafein dititiskan,
jumlah sperma yang mampu menembusi gel acrylmaide sejauh
4 sm hanya 41 peratus. Setelah kafein dititiskan meningkat
menjadi 55.9 peratus.
Kecepatan
gerak sperma dan juga kemampuan penetrasinya sangat penting
dalam proses pembuahan. Walaupun dari kajian tersebut
mengatakan kafein itu elok, tapi berpada-padalah dalam
pengambilannya. Ini kerana kafein tidak elok untuk penghidap
migrain.
|
|
|