www.homebisnes.com
Malaysia Homebisnes Portal
Mirror Site of http://minyaklintah.tripod.com


Keluarga Bahagia

Banyak lagi sunnah Rasulullah saw yang boleh dilakukan oleh suami
isteri. Antaranya pasangan suami isteri digalakkan mandi bersama-
sama. Untuk menambahkan kemesraan maka salinglah memandikan.Begitu
juga isteri yang berada dalam keadaan lemah seperti dalam pantang
selepas bersalin alangkah bahagianya jika dapat dimandikan oleh
suami. Walaupun perkara ini ringan tetapi ia perlu diwujudkan supaya
kasih sayang berkekalan. Dari Aisyah ra,"Aku berulangkali mandi
bersama Rasulullah dari satu bajana. Tidak lebih daripada aku
menuangkan air tiga kali tuang di atas kepala aku."Selain mandi
bersama, suami isteri juga digalakkan membersihkan diri bersama2
termasuklah mencukur bulu ari2, menggunting misai dan memotong kuku
bersama2.

Membelai antara satu sama lain

Setelah beberapa tahun berada di alam perkahwinan jarang suami isteri
yang suka pandang memandang. Sedangkan sebelum berkahwin dahulu
pandang memandanglah yang menambat rasa cinta mereka. Rasulullah
saw bersabda:

"Sesungguhnya seorang lelaki jika melihat kepada isterinya dan
isterinya juga membalas pandang kepadanya, maka ALLAH telah melihat
mereka berdua dengan pandangan rahmat. Jika seorang lelaki memegang
tapak tangan isterinya, maka gugurlah semua dosa mereka berdua dari
celah2 jari mereka berdua" (Riwayat Tarmizi) Suap-menyuap juga
membawa kesan romantis jika dipraktikkan dalam hubungan suami isteri.
Namun semuanya ini makin dilupakan bila jejak ke alam rumahtangga.
Perkara2 yang tidak bersalahan dengan syarak tidak salah diamalkan
jika ia membawa kebahgiaan. Antara lain yang boleh dilakukan bersama
oelh suami isteri - menyikat rambut suami atau isteri. Dari Aisyah ra
berkata "Pernah aku menyikat rambut Rasulullah saw." Ucapan manja,
lemah lembut diiringi dengan ciuman. Sabda Rasulullah saw:

"Hendaklah ia mendahului dengan lemah lembut dengan kata-kata dan
ciuman."

Bersukan

Bersukan juga elok dilakukan bersama2 keluarga. Islam amat
menganjurkan umatnya supaya bersukan. Rasulullah saw sendiri pernah
berlumba lari dengan Aisyah. Jika tidak mampu melakukannya diluar
rumah, cukuplah melakukan senaman ringan di dalam rumah untuk
beberapa minit. Itu sudah memadai sebagai ubat untuk melegakan
ketegangan dalam rumahtangga. Fikiran yang cergas berpunca dari badan
yang sihat.
Terlalu banyak ibadah yang boleh dilakukan bersama oleh suami isteri.
Contohilah rumahtangga Rasulullah saw. Sesungguhnya apa yang iamalkan
oleh Rasulullah saw dalam rumahtangganya itu merupakan jaminan
kebahagiaan.

 


>>kembali or back to main page

Quote
Start a crusade in your life to be your very best

Malaysia Homebisnes Portal under SS DINAS ENTERPRISE
P.O.BOX 7133 Sg. Besi, 57000 Kuala Lumpur
Phone No: 013-6408906 Faks No: 03-91711639