|
Klimakterik.
Persediaan
menghadapi klimakterik
Setiap
orang akan menghadapi fasa klimakterik bila mana seseorang
itu melalui perubahan dari peringkat reproduktif kepada
peringkat tidak reproduktif. Keadaan ini lebih ketara
di kalangan wanita.
Klimakterik
di kalangan wanita adalah :
1
Menopos (putus haid).
2 Perubahan emosi dan seksual.
3 Peningkatan penyakit seperti osteoporosis, penyakit
jantung dan mudah mendapat infeksi.
Tanda-tanda
awal menopos adalah :
1
Perasaan panas
2 Kekeringan faraj
3 Berpeluh malam
4 Keletihan
5 Insomnia (kesukaran tidur)
6 Klimakterik di kalangan lelaki (kekurangan separa androgen
lelaki berumur)
Tahap
testosteron menurun dengan peningkatan umur dan membawa
kepada gejala-gejala berikut :
1
Kurang daya dan minat seks
2 Kurang keyakinan diri
3 Kurang daya tumpuan
4 Kemurungan
5 Rasa mudah tersinggung
6 Insomnia
7 Kegelisahan
8 Perasaan panas
9 Sakit tulang dan sendi
10 Kelenturan
Gejala
klimakterik boleh dikurangkan dengan :
1
Amalan pemakanan yang sihat.
2 Bersenam dan beriadah.
3 Berhenti merokok.
4 Pemeriksaan Sendiri Payudara dan menjalani pemeriksaan
Pap smear secara berkala (bagi wanita).
5 Tidur yang mencukupi.
6 Memenuhi masa lapang dengan aktiviti bersesuaian seperti
hobi baru, kerja amal dan menjalinkan persahabatan baru.
7 Perubatan biasa seperti pil khasiat, vitamin, ubat herbal,
antidepressant dan sebagainya mungkin dapat membantu sedikit
sebanyak.
8 Bagi wanita, Terapi Gantian Hormon (Hormone Replacement
Therapy) boleh mengurangkan gejala-gejala menopos tetapi
penggunaannya perlu dibincang terlebih dahulu dengan anggota
kesihatan terlatih.
|