|
Memperkukuhkan
Hubungan Suami Isteri.
Sikap pasangan merupakan perkara yang paling penting sebagai
penentu kebahagian.
Ramai berpendapat ciri-ciri perkahwinan sempurna ialah
pasangan
merasai mencapai matlamat perkahwinan yang diingini sebelumnya.
Rumahtangga aman dan damai, saling hormat-menghormati,
sayang-
menyayangi, saling memahami dan bertanggungjawab, hidup
berlandaskan ajaran agama, ekonomi yang kukuh dan mempunyai
anak.
Ciri-ciri perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat hari
ini.
Pasangan saling memahami dan bertolak ansur.
Selalu sahaja mendapat perhatian daripada pasangan masing-masing.
Suami dapat memberikan bimbingan terhadap isteri dan begitu
jugalah
sebaliknya.
Bertimbang rasa.
Kepuasan batin.
Saling hormat-menghormati.
Merasa selamat dan dilindungi.
Sama-sama menerima belaian kasih sayang yang mencukupi.
Sabar dan pemaaf.
Hubungan baik dengan keluarga mertua.
Tinggal di kediaman yang selesa.
Ekonomi rumahtangga yang kukuh.
Mempunyai kenderaan yang sesuai.
Keadaan persekitaran yang baik sebagai contoh mempunyai
jiran
tetangga yang baik.
Hubungan seksual
Ramai yang beranggapan hubungan seksual adalah penting
dalam sesebuah rumahtangga, tidak kurang juga yang beranggapan
seks sangat penting untuk mengeratkan hubungan suami isteri.
Walau apapun, jangan jadikan seks sebagai satu beban.
Apa yang paling diharapkan oleh pasangan yang berkahwin
ialah:
a. Saling hormat-menghormati
b. Kucupan sayang setiap hari, terutama di waktu pergi
dan balik
kerja.
c. Menunjukkan sikap dan perasaan sayang terhadap pasangan
sepanjang
masa.
d.
Berikan hadiah pada tarikh yang dianggap istimewa oleh
pasangan.
e.
Sabar dan berlemah lembut ketika di ranjang.
f.
Sentiasa kelihatan menarik dan berbau harum.
Bagaimanpun, setiap pasangan perlu tahu bahawa perkara-perkara
kecil yang dianggap remeh boleh menjadi pengerat hubungan.
Contohnya, sering mengambil tahu kegiatan seharian pasangan
dan berkomunikasilah dengan cara yang menyenangkannya.
Jika anda ingin melakukan sesuatu perkara jangan lupa
mendapatkan
pandangan, nasihat dan pendapat pasangan anda. Sekurang-kurangnya
dia tahu bahawa anda sangat-sangat menghargainya.
Sediakan makanan dan minuman pasangan tanpa perlu disuruh.
Pandai- pandailah mengambil hati pasangan anda. Selain
itu, tunggulah
pasangan anda pulang dengan senyuman kerana ia akan mengubat
kepenatannya setelah penat bekerja.
|