Masalah: Lesu
lepas bersama
SELEPAS bersetubuh, saya sering lemah badan dan cepat
letih. Adakah ia memberi kesan kepada tubuh saya atau
menimbulkan masalah lain?
ROLL,
Kg Gajah, Perak
HUBUNGAN kelamin
membabitkan pergerakan badan, iaitu aktiviti fizikal
yang mungkin membebankan sesetengah pasangan terutama
di kalangan mereka yang tidak dapat keseronokan dan
kepuasan serta sudah berumur. Mereka berasa letih dan
lesu selepas selesai melakukan hubungan berkenaan.
Biasanya rasa
letih menyebabkan mereka penat dan tidur dengan nyenyak.
Ada sebilangan berasa khayal dan selepas itu terus tidur
dengan nyaman.
Ia kerana tindak
balas kimia semula jadi yang diberi nama beta-endorfin.
Bahan kimia itu keluar daripada otak dan urat saraf
terangsang ketika melakukan hubungan kelamin.
Ada sebilangan
pasangan berasa sakit kepala atau sakit belakang. Ada
juga sakit di bawah perut di paras tundun (untuk wanita)
dan sengal buah zakar selepas menikmati klimaks.
Perasaan itu
berlaku untuk sementara waktu saja dan tidak memudaratkan.
Ini semua tidak memudaratkan dan boleh dianggap sebagai
perkara biasa.
Jadi perasaan
letih yang dipersoalkan itu perkara biasa. Keselesaan
dan keseronokan yang dihayati ketika melakukan hubungan
tiada tolok bandingnya kepada pasangan kelamin yang
menghayati hubungan intim berkekalan.