|
10
Cara Menangi Hati Mertua
Sebaik
sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi
miliknya. Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini
sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah
hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota
keluarganya.
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin,
tentu
tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang
mata dengan
keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah
lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan
diri dengan
beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya
bukan hanya bermula
selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan
lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda
akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan
berkenal-kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah
mereka melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran,
cuba sesekali
luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya
dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih
elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati.
Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda
kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan
anda, apa yang
disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang
disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan
persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya
di hadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap
anda terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian
di hati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan
bercerita tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan
lupa bercerita
dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat,
jangan pula anda
bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan
diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk
tanam, anda juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak,
tidak salah anda
cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri
anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan
jangan belajar
sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak
serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari
Ibu, Ulang Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon
mengucapkan
sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan
membawa hadiah.
Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan
majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum
ini anda seorang yang
'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan
anda. Kata orang,
kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan
sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan
keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan
tulang membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan
dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh
seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun
anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong
apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering,
cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti
anda menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada
darah daging sendiri
supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga
ke akhir hayat.
Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak
mereka, pastikan
anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.
|