|
Mitos
Malam Pertama Indah Khabar dari Rupa!
Mitos
malam pertama mengatakan malam itu adalah malam yang amat
indah yang tidak mungkin akan terlupakan, terutama bagi
pengantin perempuan disebabkan pada malam itu kedua-dua
pengantin melakukan seks buat pertama kalinya.
Mitos
itu memberikan gambaran seolah-olah pada malam pertama
itu semuanya berjalan dengan baik di bilik pengantin.
Menurut mitos, itu pada malam tersebut pangantin lelaki
dan pengantin perempuan sama-sama menikmati pengalaman
seks yang sungguh indah.
Mitos
lain, realiti lain. Lazimnya pada malam pertama mereka,
kedua dua pengantin baru sama-sama tidak mempunyai pengalaman
langsung dalam seks. Inilah yang menyebabkan mitos malarn
pertama adalah mitos. Apa yang sebenarnya berlaku dalam
bilik pengantin pada malam pertama adalah sangat jauh
daripada apa yang diceritakan dalam mitos itu.
Sewaktu
baru sahaja mengalami hidup bersuami isteri, pengantin
lelaki mendapat kepuasan apabila dia mengalami ejakulasi,
walaupun pada masa itu kepuasan seksnya bersifat amat
mekanikal. Sebagai orang baru, kebanyakan pengantin lelaki
tidak mempunyai kemahiran mengadakan hubungan seks. Dalam
keadaan begitu, lazimnya mereka mempunyai sangkaan apa
yang dia suka juga disukai oleh isterinya. Kalau dia suka
cepat dia sangka isterinya juga suka cepat.
Apabila
nafsu lelaki semakin naik, secara fitrahnya dia mahu cepat-cepat
sampai ke kemuncak oleh itu lelaki akan mempercepatkan
pergerakannya. Semasa nafsunya sedang berada pada tahap
tinggi lelaki cenderung memberikan kepada istennya rangsangan
yang dia sendiri sukai, bukan rangsangan yang disukai
oleh isterinya. Disebabkan dia suka yang cepat dia pun
membenkan itu kepada isterinya.
Bagi
lelaki dia mengalami nikmat kemuncak seks pada saat seluruh
ketegangan seksualnya terlampias melalui proses ejakulasi.
Apabila nafsu seks lelaki bangkit, maka secara automatik
lelaki perlu melepaskan ketegangan yang dialaminya. Sebaik-baik
sahaja ketegangannya itu dilepaskan, ia akan diikuti oleh
ejakulasi dan orgasmanya. Di saat itulah lelaki mengalami
kepuasan seks.
Nafsu
lelaki tidak perlu bantuan untuk dibangkitkan. Rangsangan
seks lelaki boleh datang daripada pelbagai sumber yang
melintas di depan matanya. Tuhan menjadikan lelaki boleh
berahi pada bila-bila masa sahaja, dan kepada sesiapa
sahaja yang boleh diterimanya sebagai pasangan s~ks, asalkan
dia mendapatkan peluang itu dan ada pula tempat yang sesuai
untu~ melakukan seks maka berahinya akan menyediakan tubuh
badannya bagi memenuhi dorongan itu.
"Kalau semasa baru-baru kahwin pengantin lelaki puas
sesudah mendapat ejakulasinya tetapi tetapi selepas beberapa
tahuñ ejakutasi dan orgasma yang mekanikal sifatnya
tidak memberikan kepadanya kepuasan jiwa"
Tetapi lelaki memerlukan kerjasama daripada perempuan
untuk melepaskan ketegangan seksualnya dan seterusnya
mengosongkan pundi air maninya. Pundi air mani dalam tubuh
lelaki sentiasa dalam keadaan menunggu untuk dikosongkan
apabila air mani itu dikeluarkan melalui proses ejakulasi.
Pada saat berahinya sedang semakin memuncak, lelaki mahu
tangan isterinya menyentuhi bahagian tubuhnya yang amat
sensitif supaya dia dapat segera mencapai orgasma.
Bagi
pengantin lelaki, dia melakukan seks dengan berpandukan
kepada nalurinya semata-mata. Kajian mendapati semasa
baru-baru berkahwin semua pasangan suami isteri kerap
melakukan seks. sama ada pasangan itu masih muda ataupun
sudah berusia. Kekerapan itu menurun semakin lama mereka
berkahwin.
Sewaktu
baru-baru berkahwin perempuan tidak menolak setiap kali
suaminya mahu mengadakan hubungan seks. Perempuan yang
baru berkahwin bersedia memberikan layanan seks kepada
suaminya bukanlah disebabkan dia menikmati kepuasan daripada
seks yang mereka lakukan tetapi disebabkan dia tidak berani
menolak kemahuan suaminya dan tidak mahu melukai hatinya.
Sesudah
beberapa lama berkahwin babak-babak bilik tidur pasangan
itu berubah. Kalau sewaktu baru-baru kahwin lelaki puas
apabila dia mendapat ejakulasinya, tetapi sekarang kepuasannya
datang daripada sumber tambahan. Apabila dia berjaya memuaskan
isterinya itulah kejayaan bagi lelaki.
Setiap
kali lelaki berjaya memberikan kepada isterinya orgasma,
itulah yang amat memuaskan dirinya. Sesudah berkahwin
beberapa tahun, setiap kali lelaki melakukan seks, matlamatnya
ialah memuaskan isterinya. Jiwanya puas apabila dia melihat
isterinya mengalami orgasma. Jikalau berkali kali dia
melihat isterinya tidak mendapat orgasmanya, dia berasa
amat kecewa dan marah kepada dirinya sendiri kerana gagal
memuaskan isterinya.
Lelaki
betul-betul puas apabila dia nampak bagaimana dia berjaya
membuat isterinya mencapai kemuncak orgasma yang tinggi.
Ramai perempuan salah sangka. Mereka percaya suami mereka
puas sebaik-baik mereka mengalami ejakulasi. Kalau semasa
baru-baru kahwin pengantin lelaki puas sesudah ejakulasi
tetapi tetapi selepas beberapa tahun ejakulasi dan orgasma
yang mekanikal sifatnya tidak memberikan kepadanya kepuasan
jiwa.
"Jikalau berkali-kali lelaki melihat isterinya tidak
mendapat orgasmanya, dia berasa amat kecewa dan marah
kepada dirinya sendiri kerana gagal memuaskan isterinya"
Sesudah lama hidup sebagai suami isteri, dan semakin mendalam
kasih sayang lelaki kepada isterinya, semakin kepuasan
isterinya menjadi amat penting kepada lelaki itu, di mana
pada satu peringkat kepuasan isterinya adalah kepuasannya.
Setiap kali dia nampak isterinya mengalami nikmat orgasma,
dia yakin dia pandai memberikan nikmat itu kepada isterinya,
dan keyakinan itu menambahkan lagi kepuasannya sendiri.
Kepuasan
seks lelaki dijamin oleh kepuasan isterinya. Semakin tinggi
puncak kenikmatan orgasma isterinya semakin mendalam kepuasan
suaminya. Begitulah cara lelaki mengukur kepuasannya,
iaitu dengan cara dia menyaksikan kepuasan isterinya.
Semakin tinggi kemuncak orgasma isterinya, semakin tinggi
kepuasan seksual lelaki itu.
Inilah
sebabnya perempuan perlu membantu suaminya memahami keperluan
seksual perempuan supaya dengan kefahaman itu suaminya
dapat memberikan kepadanya apa yang dia sendiri memang
idam-idamkan dan membantu suaminya menikmati kepuasan
yang mendalam setiap kali mereka melakukan seks.
Lelaki
amat menggemari seks. Bagi lelaki seks adalah peting daripada
berasmara dan bercumbu-cumbuan. Seks membolehkan pintu
hati lelaki terbuka dan menerbitkan perasaan cinta dan
kasih sayangnya. Selepas selesai mengadakan seks yang
memuaskan lelaki berasa kasih dan cinta kepada isterinya.
Seks
juga amat penting kepada harga diri lelaki. Apabila lelaki
sudah mahukan seks tetapi isterinya macam tidak berminat
dia percaya isterinya menolak hajatnya dan sekaligus menolak
dirinya. Itulah sebabnya setiap kali hajat lelaki ditolak
dia berasa maruahnya jatuh. Dia berasa isterinya tidak
mahukan kepadanya. Tanpa seks, lelaki tidak percaya isterinya
mencinta dirinya. Semua bakal pengantin perempuan mesti
ingat perkara ini.
"Apabila lelaki sudah mahukan seks tetapi isterinya
macam tidak berminat dia percaya isterinya menolak hajatnya
dan sekaligus menolak dirinya"
|