|
7
Perkara musnahkan Perkahwinan
-
Komitmen berlebihan dan kelemahan fizikal
Perkara
ini membahayakan terutamanya pasangan muda yang sedang
mencuba kerjaya baru atau kembali menyambung pelajaran.
Jangan cuba belajar, bekerja, memiliki bayi dan berniaga
dalam waktu yang sama. Jika semuanya dijalankan serentak,
sewaktu anda berdua kembali bertemu terutama di tempat
tidur, tubuh sudah terlalu penat. Amat berbahaya suami
yang terlalu memiliki komitmen terhadap
-
Hutang keliling pinggang
Bayarlah
secara ansuran barangan yang anda perlukan atau Jangan
membelinya sama sekali. Jangan boroskan wang untuk membeli
rumah atau kereta yang lebih mewah daripada yang anda
mampu. Sementara itu, kurangkanlah makan di luar, berkelah
dan lain-lain.
Gunakan
wang anda dengan lebih bijak. Ini kerana jika hutang terlalu
banyak, akan timbul masalah ketidakpuasan hati pasangan.
Misalnya jika isteri suka membandingkan rumahnya dan rumah
jiran, apa yang jiran beli mesti dibeli olehnya, kelak
suami akan mengungkit, memang itulah sikap awak sehingga
kita banyak hutang. Atau suami suka berjudi dan membazir
untuk aksesori kereta, isteri pasti akan mengungkitnya
pula. Jadi kalau sudah bertekak, hanya pejabat agama sajalah
jawapannya.
- Keegoan
Ada
dua jenis manusia di dunia ini iaitu pemberi dan penerima.
Satu pernikahan yang membabitkan dua pemberi akan membangunkan
pernikahan yang indah. Bagi seorang penerima dan seorang
pemberi, pertengkaran akan berlaku hari-hari. Tetapi dua
orang penerima akan saling ber-cakar. Singkatnya keegoaan
akan menghancurkan sebuah pernikahan dalam setiap saat.
-
Harapan tidak realistik
Khayalan
romantik banyak merasuk wanita yang memasuki gerbang perkahwinan.
Mereka mengimpikan tinggal di rumah mewah, hidup senang
tanpa ada sebarang gangguan. Mereka mengharapkan lebih
dari kemampuan pasangan. Kekecewaan yang diakibatkan oleh
perkara ini akan menjadi masalah emosi.
Sesuaikanlah
harapan dengan kenyataan. Jangan berharap lebih dari kemampuan
anda mahupun suami. Kita haruslah bersederhana dalam setiap
tindak-tanduk, malah itulah amalan dalam membahagiakan
rumahtangga.
-
Alkohol, pornografi, judi dan ketagihan lain
Alkohol
atau penggunaan ubat-ubatan bukan sahaja merupakan pembunuh
pernikahan tetapi juga membunuh manusia. Sama seperti
pornografi, judi dan ketagihan lain. Menghindarinya adalah
sama seperti menghindari sejenis wabak penyakit yang merbahaya.
Jauhilah amalan ini kerana la akan menghancurkan rumahtangga.
-
Ketidakpuasan seksual, kesepian, rendah harga diri dan
ketidaksetiaan
Memang
dalam ikatan rumahtangga, jika satu dari beberapa aspek
ini akan mengakibatkan rumahtangga bercakaran. Kepuasan
seksual juga menjadi punca utama kerana banyak pasangan
bercerai. Memang banyak pasangan yang tidak prihatin malah
jika rasa prihatin itu kurang, ia akan memudaratkan rumahtangga.
Jangan selalu memperlekehkan pasangan, kelak ia akan memusnahkan
rumahtangga.
-
Kegagalan dan kejayaan perniagaan
Meraih
kejayaan secara tiba-tiba sama bahayanya dengan jatuh
bangkrup secara menyedihkan. Mereka yang memiliki kekayaan
berlimpah ruah kadangkala menjadi mabuk kuasa dan selalu
bernafsu untuk mendapat lebih daripada itu. Saat itulah
isteri dan anak-anak akan dilupakan. Malah akan memilih
wanita yang lebih cantik dan menarik serta menganggap
isteri hanyalah sebagai kuda tua yang sudah patah kakinya.
Alangkah malangnya sebuah erti perkah-winan, jika itu
anggapan pasangan terhadap anda. Lebih baik seimbangkan
dunia dan akhirat, kelak anda akan mencapai objektif membentuk
rumahtangga bahagia.
Dipetik
dari Majalah Tempatan
HOMEPAGE
UTAMA
|