|
Pilih
Pasangan sesuai
Selagi
dinamakan manusia..kita kena berusaha dlm hidup..."
tipu
sangat, kalau ada manusia yg.kata dia dah berjaya...walau
apa pun tujuan tetap ada matlamat...Dalam mengejar matlamat
adalakalanya kita terkandas.Oleh itu,kalau nak berjaya
kena tabah dlm menghadapi segala rintangan,cekal dlm hadapi
ujian,dan jgn berpatah kebelakang.. .jadikan semua mpian,kenyatan
!!!Insyallah akan bahagia w/p bertahun lamanya disertakan
dgn doa.Setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya.Ada
rahsia di dalam rahsia.Allah itu tidak bersifat zalim.Kajilah
surah An Nur dan Surah Al Nisa.Tentu terungkap semua rahsia
dalam rahsia mengenai kehebatan wanita.
Dalam
mencari teman sejati....tetap ada dugaan....
Buat
renungan bersama Mana yang dah "selamat" tu,
Alhamdulillah dan
tahniah. Mana yang dalam proses lagi tu, semoga ......(Perhatian:Artikel
di bawah ini agak panjang.Harap maaf)
Masalah
memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian
di awal
perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat
bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah
pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk
mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya
keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan.
Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu
"Kenal", "Kelas", "Kufu",
"Kasih" dan akhir sekali "kahwin".
KENAL
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah
dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal
termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal
orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari
orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya
dan perangainya.
berdapat
kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya
kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
"APakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya,
saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya
lagi...
"Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?"
Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah
kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya
dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu
kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga
dan kawan kawannya"
Itulah
yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita
dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau
sebaliknya.
Risik
merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui
sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya,
kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat
yang akrab dengannya....
Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak
BERBOHONG.
Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat
dalam>apa juga
perkara
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin
akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya
merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut
dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan
yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan
menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman
dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam
Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA
TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA'
untuk
menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman
agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat
keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan
yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu
juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi
menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang
yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring
dengan keturunan kaya.
Bahkan
ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang
betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti
Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah
dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti
kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang
cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya
bila sudah lama
berumahtangga.
KASIH
Kasih
bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya
yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak
lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum
berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis
"Tidak
ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih
ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan" Andaikata
lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat
wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.
Rasulullah memberitahu:
"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan
melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat
susah juga.. Sememangnya terdapat " Orang orang yang
benar benar redha dengan
pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal
banyak terletak pada HATI kaum lelaki"
Kalau
tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan
satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah
kerana Allah kerana ia menjamin
kebahagian rumahtangga,.
Hadis
Nabi ada menyatakan "Barangsiapa
yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya
mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang
berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan
kemiskinan.Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN,
Allah akan menghina keturunanya dan barang siapa yang
berkawin dengan
NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan
kemaluannya atau
menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua
duanya."
Keberkatan
memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di
pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan di berkati
dan di lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat
pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul
perselisihan faham.
REDHA
Redha
terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah
sering bertanya"Apakah
kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan
manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan.
Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA
dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN
mereka"
"Apa
yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri
@ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan
diri dan mencari jalan mengatasinya"
Istilah
kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26
"Seorang
lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak
baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita
yang baik" Istilah
kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas
kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di
terima.
Jika
isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak
ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada
suami.
Tetapi
kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat
di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan
hubungan semakin renggang.
Misalnya
seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya
selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi
tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang
yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari
masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku
Kata
sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di
hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA". Tetapi
anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati
yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan
dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada
lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang
lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi
ketua keluarga....
"Seorang
sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda
turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah
saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik
ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy,
tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu
balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita
yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa
Marsat dan duduk berdua duaan kerana kedua duanya sudah
lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini
berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan
hubungan.
Marsat
menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada
Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian.
Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan
selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau
sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat
Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana
cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada
Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka
turunlah Suruah Al Baqarah:
"Janganlah
kamu berkawhin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya
berkawin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang
musyrik
walaupun cantik..."
wassalam
|