|
Rencah
Rumahtangga Bahagia
Pedoman
bagi yang sudah mendirikan masjid dan panduan bagi yang
bakal mendirikan masjid....:)
Rencah Rumahtangga Bahagia
Kalau diibaratkan sebuah perniagaan, maka cinta suci
merupakan modal asas paling utama dalam membina keluarga
bahagia. Selagi cinta itu masih suci murni, selama itu
nikmat berbulan madu terus dapat dikecapi sepanjang
berumah tangga. Lebih-lebih lagi andainya dapat dilengkapi
dengan rencah-rencah tambahan berikut :
1. Puas Hati
Terimalah pasangan anda dengan redha dan puas hati.
Bersangka baiklah terhadap Allah s. w. t Maha suci yang
telah menentukan jodoh kita. Jangan diungkit-ungkit
kekurangan pasangan anda. Yakinlah bahawa tiap sesuatu
itu sudah ditentukan oleh Allah dan mempunyai pelbagai
hikmah yang kadang-kadang kita tidak faham. Rasulullah
bersabda maksudnya: "Janganlah seorang lelaki mukmin
membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang
tidak disukai, dia pasti redha ( menyenangi) perangainya
yang lain
(kebaikan)". Kita sebagai hamba tidak berhak memprotes
ketentuan Allah s. w. t. Apa sahaja yang datang kepada
kita semuanya ada kebaikan di sisi Allah walaupun kelihatan
negatif pada pandangan manusia. Apa yang lebih penting
ialah bagaimana kita menangani sesuatu itu dan dapat
pula dijadikan ibadah atau saluran medapat keampunan
daripadaNya.
2.
Kenang Jasa, Lupakan Kejahatan.
Sejarah yang agak popular ialah apabila ada seorang
lelaki ingin menemui Khalifah Sayidina Umar al-Khattab
r. a. Dia ingin mengadu tentang karenah isterinya. Sampai
di halaman rumah dia terdengar suara rungutan isteri
Khalifah Umar. Dia berhasrat membatalkan niat asalnya,
namun terhenti apabila dia dipanggil oleh Umar. "Ada
apa urusan engkau hendak menemui aku?" tanya Saiyidina
Umar. Jawab lelaki itu, "aku bercadang hendak mengadu
karenah isteri aku, tetapi aku terdengar tuan pun mengalami
perkara yang sama, inikan pula aku rakyat biasa".
Saiyidina Umar menjelaskan, "aku tetap bersabar
dan berterima kasih kepadanya kerana dia banyak berbaut
baik dan berjasa. Dai menjaga anak-anak aku memasak
makanan untuk aku, membersihkan pakaian aku dan membuat
urusan rumah bagi pihak aku". Manakala isteri pula
perlu mengenang jasa dan kebaktian suami dalam pelbagai
aspek - makan, minum, pakaian, tempat tinggal, perlindungan,
didikan dan tunjuk ajar.
3. Perkongsian
Selain harta benda, ada aspek perkongsian yang tidak
boleh diabaikan agar kehidupan suami isteri sentiasa
meriah dan mesra walaupun telah meningkat usia. Perkongsian
ini perlu dikekalkan hingga akhir hayat.
a. Perkongsian fitrah
Apa saja yang kita suka orang lain berbuat kepada kita,
maka itu juga yang orang lain suka kita berbuat kepadanya.
Oleh itu masing-masing mesti anda toleransi. Dengan
sendirinya berlaku perkongsian. Maka kedua-dua pihak
tidak terlalu menuntut hak masing-masing dan saling
tuduh menuduh.
b. Perkongsian emosi
Sayidina Umar Ibnu Khattab r. a. boleh saja mendakwa
isterinya yang merungut itu tidak memahami perasaan
suami. Dia juga boleh menuduh isterinya tidak wajar
merungut kerana dirinya seorang khalifah yang memikul
urusan umat. Dan dia juga boleh menuntut agar dirinya
dilayani dan tidak perlu melayani karenah isterinya
kerana dia seorang suami. Namun beliau memilih untuk
menyebut kebaikan -kebaikan isterinya kerana dia sebenarnya
berkongsi perasaan dengan isterinya. Beliau dapat merasakan
keperitan dan kesusahan isteri. Tentulah tidak patut
kegembiraan dikongsi, manakala penderitaan ditanggung
sendirian. Suami tidak patut menuntut agar isteri memahami
perasaannya sahaja dan begitu juga sebaliknya. Rumah
tangga tidak ubah seperti pelayaran kapal di lautan.
Tidak selamanya lautan tenang atau tidak selamanya bergelora.
Dalam satu kapal mana mungkin tidak mengalami tenang
dan gelora bersama. Ketika suami pulang dengan bahang
kemarahan maka isteri letakkan dirinya sebagai air yang
dingin, demikian sebaliknya. Suami keletihan dan kelesuan
kerana urusan di luar rumah. Pada waktu yang sama isteri
juga penat dengan urusan rumah dan anak-anak. Kalau
demikian ertinya sama-sama keletihan atau sama-sama
berkongsi kepenatan. Lantaran itulah Saiyidina Umar
menunjukkan contoh betapa beliau memahami emosi isterinya.
Suami sedia mendengar rintihan isteri dan berkongsi
rasa.
c. Perkongsian jiwa
Rasulullah s. a. w masih mengenang dan menyebut nama
Siti Khadijah walaupun isterinya sudah lama wafat. Di
mana letaknya keistimewaan Siti Khadijah? Rasulullah
s. a. w mengalami beban jiwa yang berat setelah menerima
wahyu yang pertama. Bukankah baginda adalah seorang
rasul yang Allah s. w. t bekalkan dengan jiwa yang kuat?
Namun beban wahyu itu lebih berat berbanding kemampuan
jiwanya. Siti Khadijah r. ha telah memberi 'input' yang
besar kepada jiwa baginda sehingga baginda pulih seperti
sediakala. Siti Khadijah yang memberi peransang, suntikan
semangat dan pertolongan. Dalam konteks kehidupan Rasulullah
s. a. w dan Siti Khadijah itu tentu ada proses timbal
balik yang hebat antara keduanya. Tentulah tidak dinafikan
peranan Rasulullah s. a. w sebagi seorang suami dalam
mendidik Siti Khadijah sebagai isteri. Namun ada saat-saat
tertentu yang sumbangan isteri tidak dinafikan begitu
sahaja terutana dalam pengisian jiwa. Rasulullah s.
a. w bersabda maksudnya: "Sesiapa berkahwin maka
dia telah melindungi separuh agamanya. Oleh itu hendaklah
dia bertakwa kepada Allah dalam memelihara yang separuh
lagi." (Riwayat al-Hakim) Sabda Rasulullah ini
membuktikan bahawa perkongsian jiwa itu sebenarnya memelihara
sebahagian daripada agama. masing-masing sandar-menyandar,
saling teguh-memperteguh, pendorong dan benteng kekuatan
jiwa.
|