|
Petua
Rumahtangga Bahagia
BAGI
YANG TELAH BERUMAHTANGGA, CETAK HALAMAN INI DAN LEKATKAN
DI DINDING BILIK UNTUK DIBACA BERSAMA-SAMA SUAMI DAN ISTERI.
1-
Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,
keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2-
Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang
penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami
ketika berjalan.
3-
Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa
mahu berseronok dengan isteri.
4-
Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan
suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5-
Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan
jemu kepada pasangan.
6-
Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam
rumah tangga.
7-
Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat
kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan
jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan
anak.
9-
Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk
talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri
keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami
isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10-
Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya
rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh
membantu dari segi nasihat.
11-
Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia
luar berbanding keluarga sendiri.
12-
Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan
dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik
atau terbabit dengan jualan langsung.
13-
Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada
pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14-
Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding
apabila keluar rumah.
15-
Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16-
Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan
cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17-
Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar
dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18-
Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami
disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan;
cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak
pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam
rumah tangga.
19-
Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa
berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20-
Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak
ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi
sentiasa awasi mereka.
21-
Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan
jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi
kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22-
Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu
sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan
hubungan dan kemesraan.
23-
Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau
diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk
air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
|