|
Rencana: Doktor Sakit Puan: Penyakit kelamin boleh jangkiti bayi
dalam kandungan
SAYA ingin tahu sama ada penghidap penyakit kelamin seperti herpes
dapat dikesan melalui pemeriksaan darah. Bolehkah seseorang yang
pernah menghidap penyakit kelamin termasuk herpes mempunyai zuriat?
Liza, Kuantan, Pahang
ISTILAH `penyakit kelamin' digunakan untuk menghuraikan
penyakit yang
boleh dijangkiti melalui hubungan intim.
Jangkitan penyakit berlaku selepas permukaan kulit
yang lembap dan
mudah pecah seperti di kawasan kemaluan, mulut dan kadangkala
mata
ditembusi cecair dari faraj, air mani, darah dan air liur.
Beberapa penyakit kelamin juga boleh dijangkiti
daripada ibu kepada
bayi sebelum dan sewaktu bersalin seperti jangkitan yang merebak
daripada uri, melalui saluran faraj atau sewaktu penyusuan ibu.
Lazimnya, organisma berkenaan tidak boleh hidup
atau tidak boleh
dijangkiti dalam keadaan yang kering dan dingin. Oleh itu, ia
tidak
mudah dijangkiti melalui kegunaan tuala atau duduk atas tempat
duduk
tandas.
Jenis penyakit kelamin yang sering berlaku adalah
seperti herpes,
sifilis, gonorea, hepatitis, klamidia, ketuat (`warts') dan HIV.
Kebanyakan penyakit kelamin dapat dikesan menerusi pemeriksaan
darah
dan kita dapat menentukan sama ada penyakit berkenaan pernah berlaku
atau sedang berlaku.
Seseorang yang pernah menghidap herpes atau penyakit
kelamin yang
lain boleh mempunyai zuriat, hanya bayi mereka boleh dijangkiti
kuman
sewaktu dalam rahim atau selepas bersalin jika wanita hamil
dijangkiti kuman ketika mengandung.
|