|
Tips
kesihatan- sakit kepala
 |
SAKIT
kepala? Tentu anda pernah mengalaminya. Namun apakah
anda kerap mengalaminya? Jika setiap hari begitu,
jangan dibiarkan sahaja. Bertemulah doktor. Jangan
cuba-cuba mengubati sendiri. Jika anda kerap mengalami
sakit kepala, cuba ikuti tips berikut: |
BARING
Baring
dan pejamkan mata selama se-tengah jam atau lebih. Malah
dengan tidur juga menjadi pelega yang tepat. Berhentilah
dari melakukan sebarang pekerjaan, tetapi teruslah berbaring.
JAUHI PANCARAN MATAHARI
Berehat
dalam bilik gelap. Jika bilik terang, tariklah tabir atau
langsir supaya cahaya dari luar tidak menembusi bilik
anda. Jika sedang menghadap skrin komputer dan televisyen,
berehatlah, pancaran cahaya dari skrin juga boleh menambahkan
rasa sakit kepala.
TUAM
MATA
Celupkan
kain atau tuala bersih ke dalam ais. Demahkan ke bahagian
mata yang sakit atau kepala anda. Jika tidak berkesan,
gunakan pula air suam. Lakukan selama setengah jam.'
FIKIRKAN PERKARA YANG MENENANGKAN
Sakit
kepala ada kalanya timbul akibat stress dan terlalu banyak
perkara yang difikirkan. Apakah anda kerap mengerut-kan
dahi, meninggikan suara ketika marah mahupun menjerit
ketika dalam kesesakan jalan raya? Jika jawapannya ya,
kurangkan dari bersikap begitu. Jika situasi begitu anda
lalui, berhentilah, kemudian menarik nafas dalam-dalam
sebanyak dua kali.
KURANGKAN KAFEIN
Jika
anda gemar meminum kopi dan teh lebih dari secawan setiap
hari. Cuba kurang-kanlah.Tapi, jangan terus berhenti mengam-bilnya
secara drastik. Katakan anda meminum secawan kopi setiap
hari, kemudian tiba-tiba tidak mengambilnya pada hujung
minggu, anda mungkin diserang sakit kepala. Kaedah terbaik
dengan mengurangkan kepada setengah cawan setiap hari.
Lama-lama anda akan boleh terus berhenti tanpa gangguan
serangan sakit kepala.
SELALU
BERSENAM
Kerap
bersenam boleh mengurangkan tekanan fizikal dan emosi.
Jika anda kerap sakit kepala, ambil inisiatif untuk berjogging,
bersenam dan melakukan aerobik.
BERHENTI MEROKOK DAN JAUHI MINUMAN KERAS
Jika
anda merokok, ambil inisiatif untuk berhenti. Begitu juga
Jika anda seorang yang meminum minuman keras. Berhentilah
dari mengambilnya.
|