SELEPAS PERCERAIAN: APAKAH HAK WANITA YANG PERLU DITUNTUT
Oleh : Ghafani bin Awang Teh
Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai
i. Tuntuan Mutaah
ii. Tuntutan Nafkah Eddah
iii. Tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan anak)
Anak Antara Bapa Dan Ibu
Bercerai Bersama Anak
Anak Diluar Nikah
iv. Tuntuan Nafkah Anak
v. Tuntutan Harta Sepencarian
vi. Tunggakan Hutang
Prosedur Membuat Tuntutan
Hutang
Kesimpulan
Pendahuluan
Mengenai hak-hak wanita selepas
diceraikan suami, Allah swt telah
menyatakan :
"Tempatkanlah mereka (para
isteri) di mana kamu bertempat tinggal
menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka
untuk
menyempitkan mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah
ditalak) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya
hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusu (anak-anak)mu
untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya dan musyawarahkanlah
antara kamu (segala sesuatu) dengan baik dan jika kamu menemui
kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu)
untuknya".
( Surah at-Talak : 6 )
Demikian Allah memberi panduan
mengenai hak-hak wanita selepas
diceraikan suami. Ini bermakna tanggungjawab suami memberi
nafkah
kepada isteri dan anak-anak bukan sahaja semasa hidup bersama
tetapi
juga selepas bercerai dengan isteri.
Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai
Seseorang wanita yang diceraikan
oleh suaminya boleh membuat beberapa
tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah. Tuntutan-tuntutan
itu ialah :
i. Tuntuan Mutaah
Mutaah ialah sejumlah harta di
mana suami wajib memberi kepada bekas
isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan
berpunca
dari isteri dan bukan kematian suami. Dalam Al-Quran terdapat
beberapa ayat mengenai Mutaah:
" Kepada wanita-wanita yang diceraikan (hendaklah diberikan
oleh
suaminya) Mutaah menurut yang ma'aruf sebagai suatu kewajiban
bagi
orang-orang yang bertaqwa".
(Surah Al-Baqarah : 241)
Dalam ayat yang lain pula Allah
swt menyatakan:
"Tidaklah kamu bersalah jika kamu menceraikan isteri-isteri
kamu
sebelum kamu bercampur dengan mereka atau sebelum kamu menetapkan
mas
kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi
Mutaah
(pemberian saguhati) kepada mereka iaitu suami yang senang
menurut
kemampuannya dan suami yang miskin menurut kemampuannya sebagai
pemberian saguhati menurut yang patut lagi menjadi satu kewajiban
atas orang-orang yang mahu berbuat kebajikan".
(Surah Al-Baqarah : 236)
Firman Allah swt :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin
dengan
perempuan-perempuan yang beriman kemudian kamu ceraikan mereka
sebelum menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka
mengenai sebarang eddah yang kamu boleh hitungkan masanya.
Oleh itu,
berilah Mutaah (pemberian saguhati) kepada mereka dan lepaskan
mereka
dengan cara yang sebaik-baiknya".
(Surah Al-Ahzab : 49)
Mutaah itu boleh sama ada berbentuk
pakaian, barang-barang atau wang
sesuai dengan keadaan dan kedudukan suami. Islam tidak menetapkan
kadar mengenai Mutaah ini. Dasar penetapannya bergantung kepada
keredhaan dan persetujuan suami isteri. Walau bagaimanapun,
jika
kadarnya menjadi pertelingkahan suami isteri, maka Mahkamah
Syariah
akan memutuskan kadar yang patut berdasarkan kemampuan suami.
Dalam kes Tengku Anum Zaharah
lwn Dato Dr. Hussein (1980, Jld.3 J.H.)
Peguam bagi pihak menuntut (isteri) telah merujuk kepada kes
Hasan
bin Ali bin Abi Talib yang mana semasa beliau menjadi khalifah
telah
menceraikan isterinya dan memberi 10,000 dinar sebagai Mutaah.
Peguam
iu berhujah pihak yang kena tuntut (suami) seorang yang berkemampuan.
Yang Arif Kadi Besar selangor (pada masa itu) telah merujuk
surah Al-
Ahzab ayat 49 dan memutuskan pihak yang menuntut (isteri)
berjaya
menuntut Mutaah sebanyak RM25,200 sebagaimana yang dituntutnya.
Apa yang nyata berdasarkan kes
ini, walaupun seseorang wanita itu
mempunyai pendapatan yang baik, ia tetap menuntut haknya kerana
perceraian itu atas kehendak suami.
Dalam Islam pemberian Mutaah
ini bertujuan:
Seseorang isteri lazimnya bergantung
hidup kepada suami. Oleh itu
apabila ada pemberian Mutaah ini, maka bekas isteri bolehlah
menggunakannya sebagai modal untk berdikari dan memulakan
hidup baru
selepas bercerai.
Menghilangkan rasa malu dan prasangka
buruk terhadap isteri. Pada
kebiasaaannya terdapat anggapan masyarakat bahawa seseorang
wanita
yang diceraikan kerana ada sesuatu aib pada dirinya. Oleh
itu
pemberian Mutaah itu bermakna perceraian itu bukan berpunca
dari
bekas isteri.
Untuk menentukan perceraian itu
dibuat secara baik dan sebagai
penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dan peranan
yang
diberikan oleh isteri.
ii. Tuntutan Nafkah Eddah
Seseorang isteri yang diceraikan
oleh suami selepas disetubuhi, wajib
bereddah. Hikmah bereddah ialah supaya dalam waktu eddah talak
rajie
ini, suami dan isteri itu berfikir panjang dan merasa bagaimana
pahit
getirnya perceraian. Walau bagaimanapun, bagi seseorang isteri
yang
diceraikan dalam talak rajie berhak mendapat nafkah dengan
syarat:
a. Isteri itu diceraikan secara
talak rajie (talak yang boleh
dirujuk), dalilnya ialah Nabi Muhammad saw bersabda,
"Hanya nafkah dan tempat kediaman untuk perempuan yang
boleh dirujuk
oleh suaminya".
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)
Pendapat ini adalah sepakat mazhab empat.
b. Isteri yang hamil yang ditalak
dengan talak bain (tidak boleh
dirujuk) berhak juga mendapat nafkah sehingga anak itu lahir.
Ini
berdasarkan firman Allah swt:
"Kalau mereka itu hamil, maka berilah nafkah keapda mereka
hingga
mereka melahirkan anaknya".
( Surah At-Talaq: 6)
Fuqaha bersepakat dalam perkara
ini di mana perempuan itu berhak
mendapat nafkah, pakaian dan tempat tinggal hingga anak itu
lahir.
Seseorang isteri yang mengandung sememangnya menghadapi keletihan
dan
tekanan perasaan memikirkan tentang kesempurnaan bayi kandungannya.
Apabila berlaku perceraian kesannya akan menambahkan lagi
penderitaan
di mana kemungkinan besar memberi kesan kepada kesempurnaan
bayi dan
menganggu kesihatan si ibu. Oleh itu sebagai langkah untuk
mengurangkan tekanan perasaaan dan menjaga kepentingan anak
dalam
kandungannya maka Islam memutuskan bahawa perempuan hamil
walaupun
diceraikan secara talak bain berhak juga mendapat nafkah eddah.
c. Perempuan tidak hamil yang
diceraikan secara talak bain, tidak
berhak mendapat nafkah, pakaian dan tempat kediaman. Ini adalah
pendapat Jumhur Fuqaha dengan alasan ketika nabi Muhammada
saw
mengulas mengenai talak tiga ia menyatakan:
"Tidak ada hak untuknya bagi tempat kediaman dan nafkah".
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Walau bagaimanapun, menurut Hanafi
perempuan dalam kes ini berhak
mendapat nafkah kerana Allah swt berfirman:
"Berikanlah mereka itu tempat kediaman sebagaimana tempat
kediaman
kamu dari kekayaaan kamu".
(Surah At-Talak : 6)
Menurut Hanafi kehendak ayat
ini adalah umum sama ada perempuan itu
dalam eddah talak rajie atau talak bain semuanya mendapat
nafkah.
d. Isteri yang dalam eddah kerana
kematian suami tidak berhak
mendapat nafkah eddah meskipun ia dalam kaeadaan hamil. Mengenai
perkara ini Nabi Muhammad saw menjelaskan:
"Tidaklah mendapat nafkah bagi perempuan hamil yang kematian
suami".
(Riwayat Darul-Qutni)
Pendapat ini adalah sepakat Fuqaha
kerana pada kebiasaaannya
seseorang yang diceraikan kerana kematian suami boleh membeuat
tuntutan pusaka ke atas harta peninggalan suami dan tanggungjawab
suami itu dianggap terhapus.
e. Isteri hendaklah taat dan
patuh kepada suami iaitu isteri tidak
nusyuz. Menurut kitab Kifayah Al-Akhyar Juz 29 halaman 48
menyatakan:
"Apabila seseorang isteri nusyuz maka gugurlah hak isteri
untuk
menerima nafkah, pakaian dan giliran".
Dalam kes Syarifah Sapoyah lwn
Wan Alwi (1988 Jld. VI-II J.H.) Yang
Arif Kadi Besar Sarawak Awang Pon bin Awang Sebon ketika memutuskan
kes itu berhubung dengan tuntutan nafkah eddah menyatakan:
"Menurut Hukum Syarak seseorang
isteri yang telah diceraikan oleh
suaminya berhak mendapat nafkah eddahnya sekiranya seseorang
isteri
itu diceraikan dengan talak rajie atau dengan talak bain sedangkan
si
isteri mengandung dan isteri tersebut tidak melakukan perbuatan
yang
dianggap nusyuz. Dalilnya ialah:
"Dari Fatimah binti Qais bahawa Rasulullah saw menyatakan
hanya
perempuan yang berhak mengambil nafkah dan rumah kediaman
bekas
suaminya apabila suami berhak rujuk kepadanya".
(Riwayat Ahmad dan An-Nasa'i)
Menurut kitab Al-Fiqhu `Ala Mazahib
Al-Arba'ah Juzuk 4 karangan Abdul
Rahman Al-Jazini menerangkan :
"Isteri yang ditalak rajie wajib mendapat hak nafkah
eddah tidak kira
sama ada ia merdeka, hamba, mengandung atau tidak mengandung".
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang
Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada
masa itu) ketika memutuskan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi
(1978 Jld.
1 J.H.) menyatakan:
"Hak nafkah eddah jika tidak dijelaskan semasa edddah
maka ia menjadi
hutang ke atas suami yang menceraikan isterinya. Tetapi tempat
kediaman jika tidak dituntut semasa dalam eddah maka hak itu
terluput", berdasarkan pandangan kitab Kifayah Al-Akhyar
Juz 2
halaman 85 ;
"Jika sebahagian atau keseluruhan masa eddah telah berlalu
dan isteri
(yang diceraikan) tidak menuntut hak tempat tinggal maka gugurlah
hak
itu dan tidak menjadi hutang ke atas suami yang menceraikan
isterinya".
Ini bermakna seseorang isteri
yang diceraikan berhak mendiami tempat
tinggal dan mendapatkan nafkah dari bekas suaminya dalam tempoh
eddah
berdasarkan syarat-syarat di atas.
iii. Tuntutan Hadhanah (Hak
Jagaan Anak)
Hadhanah bermakna pemeliharaan
anak lelaki atau perempuan yang masih
kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak,
melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik
rohani
dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang
dan dapat
mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu
bapa
kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam
proses
pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang
berhak
memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin
Umar,
"Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui
Rasulullah saw
dan bertanya: "Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah
kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi
bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu
daripada
aku". Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,"Engkaulah
yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin
lain".
(Riwayat Abu Daud)
Hadith ini menetapkan bahawa
ibu adalah lebih berhak terhadap
pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan
hadith
tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang
hak
pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang
lelaki.
Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana
ibu lebih
sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan
lebih
sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga
mempunyai
masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak
berbanding
dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.
Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan (1980 Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif
Kadi
Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa
itu)
ketika memutuskan kes itu menyatakan anak-anak yang belum
mumaiyyiz
diserah kepada ibunya berdasarkan hujah kitabKifayah Al-Akhyar
Juz 2
halaman 93:
"Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan
ia mempunyai
anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak
itu
sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyyiz)".
Hak hadhanah akan terlucut sekiranya
si isteri itu mempunyai salah
satu syarat sepertimana berikut:
"Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal,
merdeka,
beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim.
Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah
itu".
Ini bermakna anak-anak yang belum
mumaiyyiz diserah kepada ibunya.
Persoalan yang timbul ialah apakah had umur untuk menentukan
mumaiyyiz itu? Sebenarnya Fuqaha berselisih pendapat mengenai
had
umur mumaiyyiz ini. Walau bagaimanapun menurut kebiasaan,
bagi lelaki
yang telah mencapai umur 7 tahun dianggap mumaiyyiz manakala
perempuan pula apabila berumur 9 tahun. Apabila pemeliharaan
anak itu
dimulai dari ibu maka para Fuqaha mengambil kesimpulan bahawa
kerabat
dari ibu lebih berhak mengasuh daripada kerabat bapa. Jika
ibu hilang
kelayakan hak jagaan anak maka anak itu diserah kepada nenek
sebelah
ibu hingga ke atas (butir-buti penuh lihat lampiran `A').
Dalam kes Rugayah lwn Bujang
(1987 Jld. VI, I J.H.) Yang Arif Kadi
Besar Wilayah Persekutuan Syeikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman
telah
memutuskan hak jagaan anak yang mumaiyyiz adalah diberi pilihan
kepada anak-anak itu siapakah yang ia mahu sama ada tinggal
dengan
ibu atau bapa dengan berdasarkan sebuah hadith:
"Bahawa Rasulullah saw telah menyuruh seorang anak yang
sudah
mumaiyyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka
tinggal".
(Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
"Hendaklah kamu berdua membuang
undi tentang anak kamu, maka berkata
suami perempuan itu, "Siapakah yang boleh menentang saya
berkenaan
anak saya (bererti suami itu tidak bersetuju cara membuang
undi)".
Lalu Rasulullah saw menyuruh anak itu memilih antara ibu atau
bapa
dengan sabdanya: "Ini bapa engkau dan ini ibu engkau,
pilihlah siapa
antara kedua-duanya yang engkau suka tinggal bersama".
Maka anak itu
pun memilih ibunya dengan memegang tangan ibunya itu. Lalu
perempuan
itu pun membawa anaknya itu pulang bersama".
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa'i dan Tirmizi)
Dalam hadith yang lain:
"Seorang perempuan datang menemui Rasulullah saw dan
bertanya: "Ya
Rasulullah, suamiku hendak membawa anakku, pada hal anakku
sudah
pandai mencari air untukku ke perigi Abu Inabah". Rasulullah
menjawab: "Ini ayahmu dan ini ibumu, peganglah tangan
ibumu. Kemudian
perempuan itu pergi bersama anaknya".
Ini bermakna anak-anak yang mumaiyyiz
diberi pilihan sendiri untuk
menentukan siapa penjaganya sama ada ibu atau bapa. Persoalan
yang
timbul ialah jika anak itu berdiam diri? Menurut kitab Fathul-Muin
dalam fasal hadhanah menyatakan anak itu lebih utama diserahkan
kepada ibunya.
Berkata Ibnul-Qaiyim: "Sesungguhnya
kita menyerahkan anak kepada bapa
atau ibunya adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan anak.
Kalau
anak tinggal bersama ibunya maka kemaslahatannya lebih terjamin.
Maka
anak itu diserahkan kepada ibunya meskipun anak itu memilih
bapanya
kerana memang pilihan anak itu belum tepat acap kali tersalah
pilih.
Selanjutnya Ibnul-Qaiyim berkata: "Aku dengar gutuku
berkata: "Telah
berselisih faham dua orang ibu bapa di hadapan hakim tentang
siapa
yang akan memelihara anaknya. Kemudian hakim menyuruh anak
itu supaya
memilih antara ibu atau bapanya. Lalu anak itu memilih bapanya.
Berkata ibunya kepada hakim:"Cubalah tuan hakim tanya
kepada anak itu
apa sebabnya anak itu memilih bapanya? Lalu hakim bertanya
kepada
anak itu. Anak itu menjawab: "Ibuku menghantarku ke tempat
mengaji Al-
Quran tiap-tiap hari dan guru-guru acap kali memukulku. Manakala
bapaku membiarkanku bermain-main bersama kawan-kawan, sebab
itu aku
suka tinggal dengan bapaku". Mendengar demikian, hakim
memutuskan
untuk menyerahkan anak itu kepada ibunya dengan menyatakan:
"Engkau
lebih berhak memelihara anak itu".
Demikian pandangan Ibnu Qaiyim.
Menurut Syed Sabiq dalam kitabnya
ýFiqh As-Sunnah Juz 8 halaman 219 menyatakan: "Sesungguhnya
setiap
penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan
tetapi hak
anak atau kemaslahatan anak lebih penting dari hak penjaganya".
Berdasarkan maksud Seksyen 84(1)
Akta Undang-Undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyyiz bagi kanak-kanak
lelaki
ialah dari bayi hingga berumur 6 tahun. Manakala kanak-kanak
perempuan pula dari bayi hingga berumur 8 tahun. Ini bermakna
kanak-
kanak lelaki yang telah mencapai umur 7 tahun dan kanak-kanak
perempuan yang telah mencapai umur 9 tahun dianggap mumaiyyiz.
Walau
bagaimanapun dalam Seksyen 84(2) keputusan yang dibuat oleh
anak
tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan
yang
berlawanan dengan pilihan anak.
Anak Antara Bapa Dan Ibu
Ulama Syafi'iyah berkata: Apabila
anak tersebut lelaki dan ia memilih
ibunya, anak itu boleh tinggal di tempat ibunya pada malam
hari, pada
siangnya bapa boleh mengambilnya untuk disekolahkan atau bekerja.
Kerana tujuan mengasuh anak adalah untuk kebaikan. Apabila
si anak
memilih bapanya maka anak tinggal bersama bapanya siang malam
tetapi
tidak boleh dicegah apabila si anak ingin menjenguk ibunya.
Mencegahnya akan menyebabkan si anak derhaka kepada ibunya
dan
memutuskan hubungan dengan ibunya. Apabila si anak sakit maka
ibu
lebih berhak untuk merawatnya kerana sakitnya itu menyebabkan
si anak
seperti anak kecil yang memerlukan layanan, kerana itu si
ibu lebih
berhak mengasuhnya.
Apabila anak itu perempuan dan ia memilih salah satu antara
dua orang
tuanya maka ia boleh tinggal di tempat orang tua lain, asalkan
tidak
terlalu lama. Kerana perceraian antara suami isteri menyebabkan
kedua-
dua bekas suami isteri itu tidak sesuai untuk berada di satu
tempat.
Apabila anak perempuan itu sakit maka ibunya lebih berhak
merawat di
rumahnya. Apabila salah satu orang tuanya sakit sedangkan
si anak
tidak serumah dengannya maka si anak tidak boleh dicegah untuk
menjenguknya atau untuk hadir di tempat orang tuanya yang
meninggal
dunia.
Bercerai Bersama Anak
Ibnu Qaiyim berkata: "Apabila
salah seorang antara orang tuanya
berpergian kerana adanya suatu keperluan, tetapi akan kembali
dan
lainnya tidak berpergian maka orang yang tidak berpergian
lebih
berhak mengasuhnya kerana berpergian dengan membawa anak kecil
terutama yang masih menyusu akan menyusahkan si anak. Apabila
salah
seorangnya berpindah untuk menetap di tempat lain sedang tempat
yang
dituju atau perjalanannya mengkhuatirkan maka orang tua yang
mukim
lebih berhak mengasuhnya. Apabila perjalanannya aman, ada
dua
pendapat:
Bahawa asuhan anak itu diserahkan
kepada bapa agar bapa dapat tetap
mendidik anaknya. Pendapat ini adalah juga pendapat Malik
dan
Syafi'i. Pendapat ini juga dipraktikkan oleh Qadhi Syuraih.
Bahawa ibunya lebih berhak mengasuh
anaknya. Pendapat lain mengatakan
bahawa apabila yang pergi itu bapanya maka ibu lebih berhak
mengasuhnya. Kalau ibunya pergi ke daerah asalnya maka ibu
itulah
yang lebih berhak mengasuhnya. Apabila si ibu pergi ke tempat
lain
maka bapanyalah yang lebih berhak mengasuhnya. Demikianlah
pendapat
Abu Hanifah.
Pada prinsipnya kita meninjau
dan meneliti mana yang paling baik
untuk si anak dan lebih bermanfaat, apakah dapat memelihara
dan dapat
menjaga si anak. Anak itu pergi bersama salah seorang antara
kedua-
dua orang tuanya ataupun tidak ikut, sama sahaja, asalkan
tidak
menyebabkan putusnya hubungan anak dengan orang tuanya. Apabila
ada
maksudnya menyusahkan si anak maka si anak tidak boleh diajak
pergi.
Anak Diluar Nikah
Kadangkala juga timbul masalah
sepasang suami isteri yang pada
asalnya mereka bersekedudukan dan melahirkan anak. Selepas
itu mereka
kahwin. Apabila berlaku perceraian, anak itu menjadi bahan
rebutan.
Persoalan yang timbul ialah siapakah yang berhak menjaga anak
yang
tak sah taraf itu? Menurut Seksyen 85 Akta Undang-Undang Keluarga
Islam Wilayah Persekutuan menyatakan:
"Penjagaan kanak-kanak tak sah taraf adalah semata-mata
pada ibu dan
saudara mara ibu".
Ibu itu yang mengandung dan melahirkannya maka ia berhak menjaga
dan
menafkahkannya. Anak di luar nikah dianggap tidak mempunyai
bapa.
Oleh itu di luar bidang kuasa lelaki itu untuk membuat tuntutan.
iv. Tuntuan Nafkah Anak
Dalam Islam hak mendapat kehidupan
bagi si anak merupakan hak anak
yang tidak boleh diganggu dan disekat. Hak hidup itu juga
bererti
menjadi kewajiban orang tua memelihara dan memberi bekal ilmu
kepada
anak sehingga anak itu boleh berdikari. Firman Allah swt:
"Kalau mereka itu (bekas isterimu) menyusukan anakmu
maka berilah
upah mereka".
(Surah At-Talak : 6)
Dalam ayat yang lain Allah swt
menerangkan:
"Janganlah seseorang itu menderita kesengsaraan kerana
anaknya dan
seorang bapa kerana anaknya dan waris pun berkewajiban demikian".
(Surah Al-Baqarah : 233)
Dari sebuah hadith yang diterangkan
oleh Aisyah r.a. bahawa
Rasulullah saw bersabda:
"Hindun pernah bertanya: "Ya Rasulullah, sesungguhnya
Abu Sufian
(suami Hindun) seorang lelaki yang sangat bakhil. Ia tidak
pernah
memberi belanja kepadaku yang dapat mencukupi diriku dan anakku
kecuali apa yang aku ambil dari hartanya itu, sedangkan ia
tidak
mengetahuinya". Kemudian Rasulullah saw menjawab: "Ambillah
apa yang
sekiranya boleh mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang
makruf".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan dalil-dalil di atas
ternyata seseorang bapa wajib memberi
nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:
Bahawa anak itu belum boleh berdikari.
Bagi anak perempuan sehingga
ia berkahwin atau sehinga ia ada pekerjaan.
Bahawa anak itu miskin tidak
mempunyai harta sendiri untuk
menafkahkannya.
Bapa itu mampu memberi nafkah.
Apabila anak itu telah baligh
dan boleh berdikari maka bapa tidak
wajib lagi memberi nafkah untuk anak itu. Begitu juga jika
anak itu
mempunyai harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa
tidak
wajib memberi nafkah kepada anaknya. Pendapat itu adalah sepakat
Fuqaha.
Kadangkala terdapat sepasang
suami isteri mengambil anak angkat.
Persoalan yang timbul ialah kedudukan nafkah anak angkat jika
ibu
bapa angkat itu bercerai. Yang Arif Pemangku Kadi Besar Wilayah
Persekutuan Haji Yahya bin Darus (pada masa itu) ketika memutuskan
kes Rokiah lwn Mohamed Idris (1986, Jld. VI, 2 J.H.) menyatakan
anak
angkat tidak berhak mendapat nafkah dengan alasan firman Allah
swt:
"Panggillah nama-nama mereka, anak-anak angkat itu dengan
panggilan
bapa-bapa mereka itu adalah lebih baik di sisi Allah".
(Surah Al-Ahzab : 5)
Dengan bertukar binnya itu bererti
tidak tertanggunglah ke atas bapa
angkat nafkah itu. Walau bagaimanpun dalam kes Rosnah lwn
Ibrahim
(1979, Jld. 1, 2 J.H.) Yang Arif Kadi Besar Pulau Pinang Hj.
Harussani bin Hj Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan
kes itu
menyatakan anak angkat berhak mendapat nafkah daripada bapa
angkatnya
selepas perceraian ibu bapa angkat itu kerana anak angkat
itu diambil
dengan persetujuan ibu bapa angkat itu. Anak angkat itu diambil
ketika berumur satu hari.
v. Tuntutan Harta Sepencarian
Tuntutan harta sepencarian adalah
lebih berdasarkan kepada undang-
undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian
tidak
berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta
sepencarian diterima sebagai sebahagaian daripda Undang-Undang
Islam
di Malaysia.
Dalam Al-Quran ada menyebut:
"Orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan
dan orang
perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan".
(Surah An-Nisaa' : 32)
Dalam ayat ini dapat kita fahami
bahawa hak wanita dalam harta benda
itu bergantung dari apa yang diusahakan.
Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan
1984,
harta sepencarian ditakrifkan sebagai:
"Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa
perkahwinan
berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum
Syarak'.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang
Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada
masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah
bin Awang
(1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan:
"Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu
hidup bersama
dan berusaha, sama ada keuda-dua pasanagan itu sama-sama bekerja
dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan
sama ada
secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau
tidak".
Satu contoh kes di mana sepasang
suami isteri memperolehi harta
semasa berkahwin kemudian mereka bercerai. Persoalan yang
timbul
ialah bagaimana prinsip harta itu dibahagikan. Menurut Yang
Arif
Datok wan Ismail bin Mohammad Salleh ketika memberi keputusan
Lembaga
Rayuan Wilayah Persekutuan kes Anita binti Abdullah lwqn Zainuddin
bin Hj. Ariffin (1982, 4, JH 73) menyatakan:
Jika ada keterangan yang cukup
siapa yang mengusahakan harta itu maka
hasil itu terpulang kepadanya;
Jika tidak ada keterangan yang
cukup di atas usaha masing-masing,
mereka dikehendaki bersumpah. Apabila bersumpah semuanya,
maka harta
itu dibahagikan sama banyak juga. Jika semuanya enggan bersumpah
dibahagikan sama banyak juga. Jika salah seorang enggan bersumpah,
maka harta itu terpulang semua kepada yang bersumpah. Jika
salah
seorang atau semuanya telah mati maka hukum bersumpah itu
dipertanggungjawabkan ke atas waris si mati sekiranya waris
itu
menuntut.
Jika berlaku adat kebiasaaan
bahawa salah seorang daripada suami
isteri itu berusaha lebih dari yang lain, maka persetujuan
pembahagian hendaklah mengikut adat kebiasaan itu. Jika persetujuan
tidak didapati maka pembahagiannya adalah seperti (a) dan
(b) di
atas.
Menurut Ahmad Ibrahim ketika
memberi keputusan Lembaga Rayuan Wilayah
Persekutuan bagi kes Mansjur lwn Kamariah (1988, Jld. VI,
2 J.J.)
tentang harta sepencarian menyatakan:
"Apabila timbul pertikaian mengenai kadar pembahagian
harta
seperncarian, jika tidak terdapat persetujuan, keputusan diserahkan
kepada hakim yang menggunakan budibicaranya". Ini bermakna
hakim akan
membuat keputusan sendiri berdasarkan budi bicaranya".
Persoalan yang timbul ialah bagaimana
kedudukan seseorang isteri yang
hanya bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah
ia
berpeluang menuntut harta sepencarian? Dalam kes Boto' binti
Taha lwn
Jaafar bin Muhammad (1984, 1 J.H.) telah diputuskan bahawa
seorang
isteri yang hanya bertugas menolong suami berhak mendapat
harta
sepencarian. Fakta kesnya adalah seperti berikut:
Pihak menuntut (isteri) telah
menuntut harta sepencarian dari bekas
suaminya separuh dari harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan.
Harta-harta itu termasuk tanah, rumah, perahu, jala ikan dan
warung
ikan (gerai tempat menjual ikan). Apabila ia (isteri) berkahwin
dengan pihak yang kena tuntut (suami) pihak yang menuntut
telah
meninggalkan kerjayanya sebagai pembantu kedai di sebuah restoren
dan
bertugas sebagai suri rumah di samping membantu tugas-tugas
suami.
Yang Arif Hakim Saleh Abas (ketika itu) ketika memutuskan
kes itu
menyatakan:
"Pihak menuntut (isteri)
menemani pihak kena tuntut boleh dikira
sebagai usahanya bersama atau sumbangannya memperolehi pendapatan
yang mana telah menghasilkan harta itu. Memang betul bahawa
pihak
menuntut (isteri) tidak mengambil bahagian langsung dalam
perniagaan
ikan dengan pihak kena tuntut (suami) akan tetapi kesediaannya
berdampingan dengan pihak kena tuntut adalah menghasilkan
ketenangan
fikiran yang membolehkannya berniaga dengan berkesan. Oleh
tu adalah
kenyataan perkahwinan mereka dan apa yang mereka berbuat semasa
perkahwinan yang menjadikan harta itu sebagai harta sepencarian".
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang,
Yang Arif Hj. Harussani bin Hj.
Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Nor Bee lwn
Ahmad
Shanusi (1978, Jld. 1, 2 J.H.) mengenai harta sepencarian:
"Harta sepencarian diluluskan oleh Syarak atas dasar
khidmat dan
perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga
ketika
suami keluar mencari nafkah. Isteri menurut Syarak berhak
mendapat
orang gaji dalam menguruskan rumahtangga. Jika tiada orang
gaji maka
kerja memasak, membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap
sebagai
sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami".
Ini bermakna seseorang suri rumahtangga
berhak menuntut harta
sepencarian dari suaminya.
vi. Tunggakan Hutang
Selain daripada itu, seseorang
isteri boleh membuat tuntutan hutang
ke atas bekas suaminya jika didapati bekas suaminya tidak
membayar
mas kahwin, tidak memberi saraan hidup ketika dalam tempoh
perkahwinan, tunggakan nafkah anak dan sebagainya.
Prosedur Membuat Tuntutan
Hutang
Untuk memudahkan mendapat hak-hak
tersebut adalah lebih baik
menggunakan peguam. Bagi mereka yang tidak mampu menggunakan
khidmat
peguam, bolehlah membuat permohonan kepada Biro Bantuan Guaman.
Semua
permohonan itu dibuat kepada Pendaftar Mahkamah Syariah.
Kesimpulan
Sebenarnya cara yang paling baik
untuk menyelesaikan hak-hak itu
ialah secara perundingan antara suami dan isteri. Penyelesaian
secara
rundingan ini menjimatkan masa, tidak menyusahkan anak-anak
dan dapat
menjimatkan wang. Jika tidak ada pilihan lain barulah dibawa
ke
Mahkamah Syariah.
Apa yang penting ialah hak-hak itu hendaklah dituntut, jika
mempunyai
alasan yang cukup. Terdapat kes-kes di mana sebaik sahaja
berlaku
perceraian si isteri menunjukkan sikap ego dan sombongnya
terhadap
suami. Apabila perceraian berlaku begitu lama barulah menyesal
dan
mulai bertungkus lumus untuk membuat tuntutan.
Islam adalah agama yang adil dan memberi hak pembelaan yang
cukup
kepada kaum wanita. Oleh itu tidak timbul soal Islam menindas
kaum
wanita. Apa yang ada ialah wanita Islam itu sendiri bersikap
lemah
kerana tidak menggunakan kesempatan yang luas itu untuk
kepentngannya.
Lampiran `A'
Jika ibu hilang kelayakan maka
hak jagaan anak itu berpindah mengikut
tertib seperti berikut:
Nenek sebelah ibu hingga ke atas
peringkatnya;
Bapa;
Nenek sebelah bapa hingga ke
atas peringkatnya;
Kakak atau adik perempuan seibu
sebapa;
Kakak atau adik perempuan seibu;
Kakak atau adik perempuan sebapa;
Anak perempuan dari kakak atau
adik perempuan seibu sebapa;
Anak perempuan dari kakak atau
adik perempuan seibu;
Anak perempuan dari kakak atau
adik perempuan sebapa;
Ibu saudara sebelah ibu;
Ibu saudara sebelah bapa;
Waris lelaki yang boleh menjadi
warisnya sebagai `asabah atau
residuari.
dipetik dari JAKIM