Tip kesihatan- SPA - Untuk yang selalu mengunjung ke SPA


SPA adalah singkatan daripada perkataan Latin Solus Per Aqua yang bererti penyembuhan dengan air. Spa juga bererti nama sebuah desa, Spa yang terletak di Liege, Beligia. Di desa itu terdapat sumber air mineral yang terkenal kerana memiliki khasiat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Sebenarnya Spa bukanlah sesuatu yang baru. Konsep Spa telah mula diperkenalkan sejak 400 tahun sebelum Masihi di Ro-mawi, pada zaman Hipokrates. Spa yang berkembang sejak kebelakangan ini umumnya menawarkan perkhidmatan bagi mereka yang menitikberatkan kecantikan dalaman dan luaran.

Jenis-jenisTerapi Spa

Umumnya perawatan Spa merupakan gabungan pelbagai jenis perawatan, seperti:

a) terapi gelombang air (hydrotherapy) b) terapi panas (thermotherapy) c) terapi alat listrik (electrotherapy)

d) terapi aroma (aromatherapy) e) pijat atau massage

f) pijat refleksi

- akupresur - terapi warna - terapi muzik - terapi ramuan tumbuhan atau jamu (herbal therapy)

- terapi gizi - meditasi dan doa - olahraga

Semua perawatan tersebut menurut Dr. Rachmi Primadiati, MNMed, Darom, sebenarnya dapat memberikan kesan yang baik pada tubuh jika dilakukan dengan cara yang betul.

Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, Spa berupaya untuk menyegarkan tubuh badan selain memberi nutrisi dan oksigen pada kulit dan otot, mengencang-kan otot dan kulit, menghaluskan kulit, meningkatkan kekebalan tubuh dan metabolisme tubuh, mem-bentuk tubuh, mengurangkan kete-gangan dan menenangkan fikiran.

Teliti sebelum pergi ke Spa

Dewasa ini, begitu banyak Spa yang ditawarkan.Tapi, anda jangan mudah terpengaruh dengan janji-janji yang ditawarkan. Cuba ber-bincang untuk mendapatkan keterangan awal mengenai perkhidmatan Spa yang ditawarkan oleh mereka, Jangan malu untuk ber-tanya.

Sebagai pengguna anda berhak untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan. Selepas berpuas hati, barulah membuat pilihan. Di bawah ini terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan panduan agar anda tidak salah membuat pilihan. Perhatikan hal-hal di bawah ini sebelum anda membuat keputusan untuk pergi membuat rawatan Spa.

* Pilih jenis yang sesuai dengan keperluan tubuh anda sama ada untuk penyembuhan atau pemulihan sesuatu penyakit atau untuk kesegaran tubuh badan serta perawatan kecantikan.

* Jika anda memilih untuk rawatan kecantikan, pilih Spa yang menyelenggarakan pemeriksaan kesihatan pendahuluan seperti yang dilakukan oleh doktor. Hal ini adalah penting untuk memastikan hasil yang diperolehi daripada perawatan atau terapi itu berkesan dan mujarab. Apabila tubuh ternyata menghidap penyakit ter-tentu tanpa diketahui, maka perawatan kecantikan apapun yang dilakukan tidak akan berhasil dengan baik dan tidak akan bertahan dalam tempoh waktu yang lama.

* Apabila anda mempunyai waktu yang cukup, sekali-sekala pilih jenis resort Spa atau destination Spa, bukan day Spa yang berada di tengah kota. Selain mendapatkan udara segar, anda juga akan mendapat saat-saat rekreasi dan rehat yang cukup, jauh dari suasana hiruk-pikuk kesibukan harian di pejabat ataupun di rumah.

* Pilih Spa yang mengambil pekerja tenaga profesional yang mahir dalam bi-dangnya yang menguasai dasar ilmu ana-tomi dan fisiologi tubuh sehingga perawatan atau terapi yang dilakukan berhasil secara optimal.

* Pilih jenis perawatan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Sebaiknya pilih kombinasi perawatan yang bertujuan untuk mencapai keseimbangan tubuh, fikiran dan jiwa (body, mind and spirit).

* Pilih Spa yang dalam perawatannya menggunakan bahan semulajadi dan se-minima yang mungkin menggunakan bahan kimia kerana berkemungkinan timbulnya reaksi yang merugikan.

Copyright © Reserved , Minyak Lintah ® Moderator