|
Tips
kesihatan- Tips atasi Stres
Stres
adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai
tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin
merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya:
surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan,
atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang
dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap
diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu
perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan
sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih
baik.
Teknik
atasi stress yang sihat, antara lain:
1.
Tidur Sejenak
Tidur
sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali.
Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk
menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison
dan Salvador Dali.
2.
Pengurutan
Anda
boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun
meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot
leher dan bahu anda.
3.
Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah
orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif.
Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat
muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun
menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat
baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar
muzik sangat membantu untuk melegakan stres.
4.
Kerap ketawa
Cara
ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres
yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan
ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.
5.
Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama
ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus
berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri
sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh
mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan
yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan
tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi
tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem
saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan
yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan
terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa
kelelahan.
|