|
SUAMI
SOLEH
Assalamualaikum.
"Bagi
kaum Adam, renungilah sejenak apa yang ditulis di bawah
agar
kamu menjadi pemimpin keluarga yang berwibawa. Insyaallah.
1.
Mentaati Allah s.w.t. dan Rasul-Nya dengan mengerjakan
segala perintah-Nya.
2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah s.w.t.
3.Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin.
4.Menjaga hati dan perasaan isteri.
5.Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di
luar kemampuan
isteri.
6.Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri
sehingga boleh
memudaratkan dirinya.
7.Hendaklah menjauhkan diri daripada mengeji isteri di
hadapan orang
lain sekalipun memuji wanita lain di hadapannya.
8.Bersabar serta menerima kelemahan isteri dengan hati
terbuka kerana
segala sesuatu dijadikan oleh Allah s.w.t. dan mempunyai
rahmat di
sebaliknya.
9.Mengelakkan diri terlalu mengikut kemahuan isteri kerana
ia akan
menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai seorang pemimpin
dalam
keluarga.
10.Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut
kemampuannya.
11.Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa
untuk isteri
dan anak-anak.
12.Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak
berlandaskan
kehendak Islam.
13.Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.
14.Memberi kasih sayang dan berkorban apa sahaja demi
kepentingan dan
kebahagiaan bersama yang berkekalan.
|