|
Masalah
seks sebagai keinginan terpendam
Salah
satu punca yang menyebab kan kita rasa tidak puas dengan
pasangan kita ialah apabila kita berasa tidak dipedulikan,
diperkecilkecilkan, tidak difahami, ataupun kita berasa
din kita diperalatkan.
Rasa
tidak puas kita itu boleh bertukar menjadi marah di dalam
keadaan apabila kita tahu bahawa pasangan kita sebenarnya
tahu apa yang kita inginkan daripadanya, tetapi dia sengaja
tidak mahu memberikan apa yang kita perlukan daripadanya.
Sebagai
contoh, dia tahu bahawa kita mahukan lebih banyak masa
dengannya, tetapi dia tidak mahu mengurangkan masanya
di luar rumah, ataupun dia tahu bahawa kita mahukan lebih
banyak seks tetapi dia sengaja enggan memberi kerjasamanya.
Akibatnya kita pun selalu marah-marah.
Kita
juga mungkin menjadi marah apabila pasangan kita tidak
dapat meneka dengan betul apa yang kita inginkan daripadanya,
sedangkan kita sendiri pun tidak mengerti apa yang kita
perlukan. Akibatnya kita rasa macam ada yang "tak
kena" sahaja, tetapi kita sendiri tidak tahu apa
yang tak kena. Perasaan itu membuat kita berasa tak puas
dengan apa yang ada. Ia membuat kita mudah nak marah.
Di
dalam hubungan suami isteri, setiap orang mempunyai perkara-perkara
yang diharapkan daripada perhubungan itu. Harapan-harapan
itu merupakan keinginan-keinginan masing-masing pihak
terhadap satu sama lain, dan juga terhadap perkahwinan
mereka.
Pakar-pakar
mengatakan, pada dasarnya kita mempunyai dua jenis keinginan.
Pertama ialah keinginan yang kita sedari. Keinginan-keinginan
jenis ini diketahui oleh orang yang mempunyai keinginan
itu.
Sebagai
contoh, kebanyakan orang tahu bahawa dia inginkan seorang
pasangan yang mengasihi dirinya, ataupun dia mengingini
sebuah rumah milik sendiri, anak-anak yang sihat dan baik
perangai serta lain-lain lagi keinginan yang dapat kita
ungkapkan dengan kata-kata.
Contoh
kata-kata yang mengandungi keinginan yang disedari ialah
seperti apabila seorang isteri berkata kepada suaminya,
"Bila lagi abang nak bawa saya tidur di hotel?"
ataupun "Saya nak ikut Datin Polan main golf boleh?"
ataupun apabila seorang suami berkata kepada isterinya,
"Bila lagi awak nak pakai tudung?" ataupun "Kenapa
rumah ni semak saja sepanjang hari awak buat apa di rumahT’
Disebabkan
keinginan jenis ini begitu jelas dan ia dapat pula kita
ucapkan dengan kata-kata, lazimnya pasangan kita mengetahui
dengan tepat apa yang kita inginkan, oleh itu dapatlah
dia merancang bagaimana untuk memenuhi keinginan kita
itu.
Sebagai
contoh, apabila seorang isteri berkata, "Rumah kita
ni dah sempit," danipada kata kata isterinya itu,
suaminya mengetahui isterinya ingin memiliki rumah yang
lebih besar, lalu dia boleh memenuhi keinginan isterinya
dengan membinakan rumah itu.
Meskiputi
keinginan jenis ini memang boleh diungkapkan dengan kata-kata,
tetapi bagi setengah-setengah orang mereka tidak dapat
mengucapkan semua yang mereka ingini kepada pasangan mereka.
Bagaikan ada sesuatu di dalam diri mereka yang menyebabkan
mereka tidak mahu membertahu semua yang mereka ingini.
Salah
satu keinginan jenis ini yang sangat sukar hendak diucapkan
oleh kebanyakan orang, baik suami mahupun isteri,ialah
keinginan yang berkaitan dengan layanan seks.
"Faktor budaya menyebabkan Seseorang yang inginkan
seks berasa malu dengan dirinya sendiri"
Pada satu sudut, kita dibesarkan di dalam suatu budaya
yang mengajar kita bahawa seks itu sama dengan "kehaiwanan",
sama dengan "shahwat", sama dengan "tingkah
laku hina", ataupun paling baik, seks itu sama dengan
tanggungjawab yang diwajibkan oleh agama.
Budaya
kita ini seakan-akan membenitahu, kalau bukan kerana keperluan
menghasilkan zuriat, seks lebih baik dihindarkan. Faktor
ini menyebabkan seseorang yang inginkan seks berasa malu
dengan dirinya sendiri. Keinginan seksual juga membuat
dia berasa dirinya bukan orang yang bersih, suci dan mulia.
Malah
budaya kita mi seolah-olah membenitahu wanita bahawa dia
patut malu apabila dia menghendaki seks, apatah lagi jika
dia sanggup memintanya. Malah di dalam budaya kita mi,
dikatakan seseorang wanita itu tidak sepatutnya menunjukkan
bahawa dia seronok dengan seks.
Pada
sudut lain, melalui filem-filem dan rancangan yang diimport
dan luar negara di dalam televisyen, secara bertalu-talu
dan tidak henti-hentinya, masyarakat kita didedahkan kepada
idea-idea yang menyamakan seks dengan "cinta",
sama dengan "keindahan", sama dengan "kenikmatan",
"keseronokan" dan "kepuasan".
Rancangan-rancangan
seperti itu mencipta keinginan-keinginan yang disedari,
tetapi atas desakan peraturan budaya kita, dan atas nama
"kemurnian" dan "kesucian", maka budaya
kita memaksa kebanyakan daripada kita menekan sahaja keinginan-keinginan
seksual kita itu. Akibatnya kita tidak sanggup mengucapkan
keinginan seksual kita dengan menggunakan kata-kata, meskipun
dalam konteks komunikasi suami isteni.
Keinginan
jenis kedua ialah keinginan yang terpendam oleh itu ia
tidak disedari oleh orang yang empunya keinginan itu sendin.
Dalam enti kata lain kita tidak tahu bahawa kita mengingininya.
Keinginan
jenis ini terpendam di bawah sedar kita. Oleh itu keinginan-keinginan
jenis ini tidak dapat hendak kita ucapkannya dengan kata-kata.
Akibatnya ia tidak pernah kita ucapkan, dan oleh sebab
itu pasangan kita lazimnya tidak tahu bahawa kita mempunyai
keinginan-keinginan itu.
Sebagai
contoh, seorang lelaki selalu berasa semacam dia belum
bertemu dengan wanita yang dicari-carinya itu. Tetapi
dia sendiri tidak dapat mengatakan dengan jelas wanita
yang bagaimana yang dicani-carinya. Hendak dikatakan isteninya
sekarang tidak cukup baik untuknya, dia sendini tidak
tahu di mana kekurangan isterinya itu. Hendak dikatakan
dia tidak puas dengan isterinya, dia pun tidak tahu di
mana yang dia tidak puas. Dia tidak tahu bahawa dia mungkin
mempunyai keinginan untuk memiliki seorang isteri yang
dapat membuktikan kehebatannya, tetapi dia sendiri tidak
tahu bahawa dma mempunyai keinginan yang demikian.
Dalam
contoh lain, seorang wanita dewasa selalu berasa macam
ada yang "tak kena" dengan suaminya. Hendak
dikatakan suaminya tidak baik, dia tidak nampak di mana
salahnya suaminya itu. Tetapi dia selalu berasa bosan,
"sesak" dan "rimas" dalam keadaan-keadaan
tertentu.
Wanita
itu mungkin inginkan lelaki yang sentiasa melayan dirinya
sebagai wanita yang remaja. Dia suka dilayan dengan cara
bermain-main. Walaupun dia sudah dewasa, dia tidak seronok
dilayan dengan serius sebagai wanita dewasa. Tetapi dia
sendiri tidak tahu bahawa dia mengingini lelaki yang begitu.
Yang dia tahu dia semacam "tidak puas" dengan
dirinya sendiri dan dengan perhubungannya dengan suaminya.
"Faktor budaya menyebabkan se-seorang yang inginkan
seks berasa malu dengan dirinya sendiri"
Harapan dan keinginan mempunyai perkaitan yang sangat
kuat dengan rasa kepuasan di dalam perkahwinan. Semakin
banyak harapan dan keinginan yang kita diperolehi daripada
perkahwinan, semakin tinggi rasa puas yang kita alami.
Tetapi,
kalau kita tidak tahu apa yang kita ingini daripada perhubungan
dengan pasangan kita, maka tentulah kita takkan dapat
mengemukakan keinginan kita itu dengan kata-kata. Akibatnya
dia tidak tahu dengan tepat apa yang kita ingini. Jikalau
begini keadaannya, bagaimanakah dapat kita menikmati kepuasan
danpada perhubungan kita itu?
Alangkah
baiknya kalau pasangan kita boleh membaca apa yang ada
di dalam kepala dan hati kita. Alangkah baiknya jika dia
juga dapat meneka dengan betul apa yang kita cari, sedangkan
kita sendiri pun tidak tahu apa yang kita tercari-cari!
Cuba
bayangkan keadaan mi: Seorang suami bertanya kapada isteninya
"Awak haus? Nak minum?" Isterinya menjawab,
"Tak. Saya tak haus." Habis di situ.
Pada
zahirnya, Si suami seperti mengambil berat tentang isterinya.
Tetapi tidak diketahui oleh dirinya sendiri, dia bertanya
itu kerana dia memancing perhatian isterinya. Dia menyangka
dengan bertanyakan ha! itu maka isterinya akan menjawab
pertanyaannya dengan bentanya pula "Kenapa? Abang
hauskah? Kalau abang haus saya buatkan air." Jikalau
itu yang terjadi, dengan senang hati dia akan menjawab
"Ya." Sebaliknya, hal itu tidak terjadi. Jauh
di dalam hatinya dia terkilan isterinya seperti tidak
boleh membaca bahawa dia inginkan perhatian isterinya.
Jikalau isterinya pergi membuatkan air minumnya, barulah
dia berasa dirinya diberi perhatian.
Bayangkan
pula situasi ini: Seorang isteri baru sahaja membuat keputusan.
Dia bertanya kepada suaminya meminta pendapat berkenaan
keputusan yang baru dibuatnya itu, sama ada keputusan
itu betul atau tidak. Si suami memberikan pendapat bahawa
keputusannya itu tidak berapa bijak.
Sebenarnya
si isteni berasa ragu dan kurang selamat dengan keputusan
yang dibuatnya itu. Dia bertanya bukan untuk diberitahu
keputusannya bijak ataupun tidak. Dia bertanya kerana
mahu mendengar sokongan daripada suaminya. Mendengar kata-kata
suaminya mengatakan dia tidak bijak, si isteri sangat
kecewa lalu menjadi defensif kerana dia berasa dirinya
diperkecilkan oleh suaminya.
Bagaimanakah
caranya supaya kita berani bercakap tentang keinginan-keinginan
kita akan hal-hal yang sebenarnya murni, halal, amat menyeronokkan
dan amat memuaskan batin kita tanpa rasa malu dan takut-takut
apa kata pasangan kita? Sampai bilakah kita harus menekan
sahaja keinginan keinginan kita itu?
Langkah
pertama ialah dengan meningkatkan pengetahuan kita tentang
ilmu-ilmu yang penting seperti ilmu psikologi dan ilmu
komunikasi. Caranya ialah dengan membaca buku-buku yang
bermutu. Langkah kedua ialah dengan mengamalkan teknik-teknik
berkomunikasi yang betul. Orang yang tidak tahu membaca,
dengan orang yang tidak mahu membaca, nasibnya serupa
sahaja: mereka sama-sama tidak tahu.
|