|
Info
Lelaki: Menguji Air Mani dengan Alat MikroKomputer
Di
negara kita ujian air mani masih dilakukan secara subjektif
dan tertakluk kepada kepakaran dan pengalaman si penganalisisnya.
Alat mikrokomputer seperti sistem Cellsoft misahiya dapat
memberi maklumat yang terperinci berkenaan sperma seperti
tahap kelajuan sperma. Sperma yang tahap kelajuannya melebih
40 mikron adalah benih yang paling aktif. Sperma yang
tahap kelajuannya kurang daripada 20 mikron tidak mudah
sampai ke sasarannya.
Tidak
ada cara lain untuk mengenal pasti kesuburan lelaki selain
daripada ujian air mani. Lelaki yang pernah menghamilkan
isteri pada suatu ketika dahulu tidak semestinya sentiasa
subur. Berbagai-bagai perubahan badan boleh berlaku dan
sperma yang pada suatu ketika dahulu subur sekarang kurang
subur. Lelaki yang umur sudah lanjut biasanya menghasilkan
benih yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal. Lelaki
yang mengalami masalah tekanan, baik emosi, keluarga atau
di tempat kerja menghasilkan benih yang kurang dan berbentuk
tidak normal.
• Sperma kurang aktif, punca dan cara mengatasinya
Lelaki
yang sihat dan yang mempunyai anggota reproduksi yang
normal dapat menghasilkan lebih kurang antara 150 - 250
juta sperma setiap hari. Setiap pancutan air mani yang
berlaku terdapat antara 60 - 600 juta sperma dan terdapat
lebih 50 peratus sperma yang normal dan yang aktif. Sperma
yang aktif dapat bergerak cepat dan sehaluan. Sperma bergerak
melalui ekornya yang sentiasa terkibas-kibas dengan begitu
kuat. Kekuatan ekor sperma ialah daripada strukturnya
yang begitu kukuh dan kuat.Jika ekor sperma cacat maka
sperma tidak dapat bergerak dengan baik dan tidak tentu
haluan.
Air
Mani yang pekat akan menjadi cair dalam masa 15 hingga
20 minit. Air mani yang cair memudahkan sperma bergerak
dengan baik tetapi air mani yang pekat atau tidak mudah
cair, spermanya terperangkap dalam kebekuan cecair tersebut.
Apabila perkara ini berlaku, sperma tidak memasuki rahim.
Masalah ini berlaku apabila anggota prostat tergendala
(disebabkan masalah fungsi atau serangan kuman). Masalah
ini boleh diatasi dengan mudah.
Sperma
dihasikan oleh kilang sperma yang bergelar tubuk seminiferus.
Sperma-sperma tersebut belum boleh bergerak. la akan berjalan
keluar dari buah zakar melalui saluran-saluran dalam zakar
mengikut arus cecair dalam saluran buah zakar ke bahagian
pundi epididimis. Di epididimis sperma-sperma tadi akan
menjalani proses kemantapan di mana ia akan memperoleh
fungsi pergerakan. Fungsi tersebut hanya memperoleh sperma
yang normal dan yang mempunyai struktur ekor yang normal.
Selepas mencapai fungsi pergerakan sperma-sperma akan
bergerak menuju ke arah salur sperma atau vas deferens,
di mana sperma-sperma tadi akan terkumpul menunggu masa
untuk dipancutkan keluar.
Waktu
proses ejakulasi, sperma dengan cecair dari pundi prostat
dan pundi vesikal seminal akan terpancut keluar ke dalam
faraj wanita menerusi zakar. Rahim, menerusi lendir pangkal
rahim (waktu subur lendir pangkal rahim subur dan cair)
dan akan menginap dalam pundi-pundi lendir pangkal rahim
di mana sperma-sperma tersebut akan menjalani proses capacitation
atau memantapkan dari segi keupayaan untuk bercantum dengan
telur wanita. Sperma-sperma yang telah menjalani proses
tersebut sahaja yang dapat bercantum dengan telur wanita.
Dari
segi fungsi sperma, sperma yang normal, yang mempunyai
ekor yang sempurna dan kukuh, yang telah menjalani proses
kemantapan melalui pundi epididimis untuk memperolehi
fungsi pergerakkan, yang boleh bergerak dengan tanpa halangan
dari cecair dan bahan-bahan dari pundi prostat dan seminal
vesikal yang dapat bergerak dengan tanpa halangan dari
lendir pangkal rahim dan yang menjalani proses pemantapan
untuk menembusi telur wanita, ialah sperma yang baik yang
berkemampuan menghasilkan zuriat. Apabila fungsi tersebut
tergendala, sperma-sperma yang cacat tidak dapat bercantum
dengan telur. Lelaki yang mempunyai sperma yang sedemikian
mengalami masalah kesuburan dan mandul.
Kebanyakan
daripada masalah pergerakan atau masalah sperma kurang
aktif boleh diatasi dengan rawatan yang tertentu dan boleh
mendatangkan hasil, misalnya jika sperma kurang aktif
disebabkan masalah cecair pundi prostat atau pundi seminal
vesikal sperma boleh diasingkan dari cecair tersebut,
dimasukkan ke dalam cecair yang subur dan diaktif atau
dipulihkan aktivitinya dan kemudian disalurkan ke dalam
rahim.
Proses
ini digelar Intrauterine Insemination. Jika masalah tersebut
disebabkan oleh kekurangan hormon-hormon kesuburan lelaki
ubat-ubat penyubur tertentu boleh diberi untuk memulihkan
masalah. Tetapi jika masalah sperma kurang aktif disebabkan
oleh masalah struktur ekor sperma, masalah ini tidak dapat
diatasi.
|