Keluar cecair
jernih, melekit
SAYA ingin bertanya mengenai masalah pada zakar saya.
Ada kalanya ia mengeluarkan cecair jernih dan melekit.
Ia tidak keluar dengan kuantiti yang banyak dan hanya
akan keluar apabila saya melurutnya.
Dalam proses itu saya tidak mengalami sebarang kesakitan
tetapi saya bimbang jika ia adalah tanda zakar saya
bermasalah.
SHAFIQ,
Marang, Terengganu
ANDA tidak
perlu bimbang kerana cecair berkenaan adalah air mazi.
Dalam keadaan terangsang, ereksi akan berlaku dan aliran
darah kepada zakar akan meningkat.
Pundi ‘cowpers’
dan pundi di dalam salur kencing akan mengembang dan
menghasilkan cecair jernih yang melekit iaitu air mazi.
Bagi sesetengah lelaki, ia boleh keluar dengan banyak.
Ada kalanya
ia boleh keluar ketika membuang air besar atau kecil.
Ia berlaku apabila otot lantai pelvis tercengkam ketika
meneran.
Kadangkala
cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika
membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun
melalui usus besar menekan pundi prostat dan cecair
berkenaan akan terkeluar menerusi salur kencing. Warnanya
jernih atau kelabu kekuningan.
Semua perubahan
ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit. Cecair
yang keluar akibat jangkitan penyakit kelamin lebih
ketara.
Jika seseorang
lelaki mendapati ada cecair yang keluar selepas dia
bersetubuh tanpa menggunakan kondom, kemungkinan dia
dijangkiti gonorhea atau chalymidia dan memerlukan rawatan.