Bahaya Zakar
terkena hentakan
ZAKAR suami saya pernah terkena hentakan kuat ketika
ia ereksi. Berikutan itu, zakarnya kini tidak mampu
untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini?
ZURA,
Permatang Pauh,
Pulau Pinang
KECEDERAAN
yang berlaku kepada zakar boleh mengakibatkan fungsi
anggota berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan
atau tarikan ketika zakar itu sedang menegang atau ereksi.
Hentakan secara terus kepada zakar boleh mengakibatkan
ia ‘terpatah’ dan hujung zakar terbengkok serta lebam
kerana darah menyerap keluar daripada otot zakar yang
tercedera.
Jika ada darah
beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan
kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara
spontan tetapi pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan
sebelum kembali normal.
Ini kerana
mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut
yang seraput tetapi zakar masih boleh digunakan lagi.
Namun, ia jarang mengakibatkan mati pucuk.
Satu lagi kecederaan
yang berlaku akibat hentakan kepada zakar ialah otot
lekat di antara tundun dan otot zakar tercedera. Ia
boleh membantutkan proses ereksi kerana sakit pada bahagian
tundun dan otot pangkal zakar.
Bengkak dan
keradangan yang terjadi perlu dilegakan dahulu (gunakan
ais atau ‘cold compress’). Selepas itu, ereksi kembali
normal. Jika ereksi tidak berlaku, pemeriksaan perlu
dilakukan pada sistem perjalanan darah ke dalam zakar
yang mungkin menjadi sempit akibat kecederaan terbabit.
Pembuluh darah arteri akan dikembangkan dan ia akan
dikendalikan oleh pakar.
Bagi zakar
yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot
dan sendi lekatan otot zakar ke tundun terkoyak. Untuk
melegakan keradangan dan bengkak, ‘cold compress’ akan
digunakan.
Apabila lega
pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan.
Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan,
tetapi jika kecederaannya berat mungkin perlu menjalani
pembedahan untuk menyambung ligamen(otot sendi) yang
terkoyak.
Baimanapun
elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin
masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak
berlaku!