Apakah
SMSBiz?
SMSBiz Sdn.Bhd. adalah satu-satunya syarikat
tempatan yang mula-mula memperkenalkan
penjualan kad pra-bayar dijalankan menerusi
kaedah SMS (Short Message Services).
Ianya berbeza dengan kaedah tradisional
di mana kad pra-bayar dibeli dari kedai-kedai
telefon. Dengan menggunakan perkhidmatan
SMSBiz, anda tidak perlu lagi menggores
pada kad kerana nombor siri dan nombor
pin dihantar terus ke telefon anda.
Anda cuma perlu menghubungi operator dan
mengikut arahan bagaimana untuk menambah
nilai (TOP-UP) akaun prepaid telefon anda.
Mengapa pilih SMSBiz
1.
Modal permulaan yang MURAH: RM88.00
2. Tidak perlu beli Reload Prepaid,hanya
RELOAD melalui Online SMS.
3. Tidak perlu menyimpan stok Reload Prepaid
4. Boleh RELOAD bila-bila masa, 24 jam 7
hari seminggu.
5. Transaksi perniagaan melalui Online SMS:
o Pendaftaran Ejen melalui Online SMS.
o Pembelian Reload Prepaid melalui Online
SMS.
o Pertanyaan Baki akaun Online SMS.
o Pengeluaran Wang dari Akaun melalui Online
SMS.
o Pemindahan Wang melalui Online SMS.
o Semak Status Kumpulan melalui Online SMS.
o Penukaran Kata Laluan melalui Online SMS.
6. Informasi tentang transaksi dan ahli-ahli
dibawah anda dipaparkan secara online di
http://www.smsbiz.com.my
Potensi
Pasaran?
Statistik menunjukkan lebih kurang 7.5 juta
pengguna kad pra-bayar di Malaysia yang
penggunaannya berjumlah kira-kira RM500
juta sebulan. Untuk penggunaan SMS (Short
Message Services) sahaja, jumlah penggunaannya
adalah sebanyak RM2 juta sehari.
Apakah Peluang
Yang Perlu Direbut Dalam Perniagaan Ini?
Ini adalah satu peluang perniagaan di mana
orang ramai boleh memanfaatkan kuasa beli
mereka kepada kuasa mengaut keuntungan.
Ahli-ahli tidak perlu mendapatkan nombor
atau jenama telefon baru, anda tetap akan
menggunakan telefon sepertimana yang anda
gunakan sekarang; yang lebih penting ialah
"banyak buah-buahan yang masak ranum cuma
tunggu untuk dipetik", "Ikan-ikan di laut
tidak akan habis dijala" -
PELUANG INI DIBERIKAN
KEPADA PENGGUNA KAD PRA-BAYAR BIASA UNTUK
MEMPEROLEHI PENDAPATAN YANG AMAT LUAR BIASA
BERBANDING MASA DAN TENAGA YANG DICURAHKAN.
KERJA SEDIKIT, UNTUNG BANYAK.
Perlu Bertindak
Sekarang?
Purata rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira
5%-15% pendapatan asas mereka untuk pangilan
telefon. Pasangan anda, adik-beradik, saudara-mara,
kawan-kawan serta teman sekerja antaranya
atau sebahagian besar daripada mereka menggunakan
kad pra-bayar. Jika anda tidak menjalankan
perniagaan ini, mereka akan tetap menggunakan
telefon bimbit kad pra-bayar yang dibeli
daripada orang lain setiap minggu atau bulan.
Anda patut mengesyorkan kepada mereka bagaimana
cara untuk berjimat dan seterusnya menambah
pendapatan mereka.
Bagaimana Ianya
Dijalankan?
Modul perniagaan SMSBiz adalah memerlukan
ahlinya membeli dan menjual kad pra-bayar
samada untuk kegunaan sendiri atau orang
lain menggunakan kaedah SMS telefon bimbit.
Apa yang baiknya, kos permulaan RM88.00
(RM18.00 untuk yuran pendaftaran seumur
hidup dan RM60.00 adalah sebagai modal permulaan).
Sebagai contoh: Memesan kad reload memerlukan
anda menekan nombor password 4 angka dan
dua digit kod produk dan hantarkan kepada
0122190002 atau 0133990002. Tidak sampai
beberapa minit, satu nombor siri dan pin
reload baru dihantar kepada anda menerusi
SMS. Mudah bukan?
Perbankan Secara
Mobile?
Ahli-ahli dapat menikmati kecanggihan teknologi
dalam kaedah perbankan secara mobil menerusi
perniagaan kad-prabayar seperti membeli
produk-produk pra-bayar, mendaftar ahli
baru, memindahkan wang dari satu akaun ke
satu akaun, menyemak baki akaun dan sebagainya.
Kesemua ini dijalankan melalui kaedah SMS
(Short Message Services).
Pelan Pemasaran Program SMSBiz membolehkan
ahli-ahli menikmati diskaun belian untuk
dirinya sendiri dan di masa yang sama memperolehi
ganjaran dari rakan-rakan yang telah ditajanya
menjadi ahli. Tidak memerlukan stok produk,
dipaksa menjual atau mesyuarat mingguan
yang mesti dihadiri. Ahli yang aktif akan
menikmati kelebihan-kelebihan seperti :
(A) Untung Runcit,
(B) Over-riding Jualan Agen atau Kumpulan,
(C) Bonus Kepimpinan dan
(D) Bonus 3 Bulan Sekali.
Setiap kad pra-bayar yang dijual melalui
sistem ini mempunyai keuntungan margin yang
cukup lumayan. Sebagai contoh, Kad TimeCel
017 berharga RM100 diperuntukkan RM15.00
sebagai perkongsian untung sesama ahli dalam
kumpulan yang ditaja dan menaja.